Baju Melayu Moden Raya – Keindahan Busana Moden Melayu.

Didalam artikel ini kita kembali memperkatakan mengenai dunia fesyen lelaki Melayu yang semakin menarik saban tahun. Kita juga akan menyentuh evolusi Baju Melayu daripada apa itu definasi Baju Melayu Klasik & Tradisional dan apa itu definasi Baju Melayu Moden.

Baju Melayu Moden Shah Alam

Secara ringkas baju melayu yang mempunyai 5 elemen penting merupakan pakaian tradisional untuk bangsa melayu di Malaysia , Singapura , dan Brunei. 5 elemen didalam baju melayu yang kita ketahui pada waktu sekarang adalah :

  1. Songkok / Semutar
  2. Baju Melayu
  3. Seluar Baju Melayu
  4. Butang Baju Melayu
  5. Sampin

Semua elemen ini mempunyai pengaruh dari budaya luar yang disesuaikan  dengan budaya Melayu di Malaysia. Dan sebenarnya (pada pendapat penulis) bukanlah warisan sebenar Baju Melayu sejak zaman dahulu kala.

Jika pendapat ini salah, para pembaca dijemput dan digalakan untuk komen diruangan komen dibawah untuk perbincangan.

Walhal begitu – baju melayu yang dipakai sekarang seperti didalam gambar dibawah merupakan rekaan definasi Baju Melayu umum yang diterima oleh semua orang melayu pasca Kemerdekaan.

baju melayu moden

Disebabkan pendapat penulis seperti diatas , fesyen Baju Melayu kita bahagikan kepada 3 jenis iaitu

  1. Baju Melayu Klasik
  2. Baju Melayu Tradisional
  3. Baju Melayu Moden

Baju Melayu Klasik.

Mengikut pengamatan dan pengalaman penulis , Baju Melayu Teluk Belanga dikategorikan sebagai Baju Melayu Klasik. Elemen – elemen penting didalam Baju Melayau Klasik adalah seperti berikut :

  1. Semutar / Tengkolok yang mengunakan kain lepas kapas (cotton) untuk melilit dan menutup atas kepala.

semutar melayu

(sumber : https://www.picdove.com/media/Bogb_PBhYri

  • Berbanding tengkolok , semutar merupakan elemen di kepala yang lebih awal dan meluas berbanding tengkolok / dastar
  • Tengkolok / dastar pengunaanya lebih kepada golongan bangsawan manakala pengunaan semutar lebih kepada golongan rakyat bawahan.
  1. Baju Melayu Teluk Belanga yang mempunyai lengan 3 suku untuk memudahkan kerja seharian.
  2. Sampin daripada kain kapas (cotton) lebih mudah untuk dipakai dan tidak panas.
  3. Berkain pelikat / Berseluar (kedua-duanya labuh atas buku lali) supaya seluar atau kain pelikat tidak kotor.

Bukti Baju Melayu yang mempunyai elemen-elemen diaatas dikategorikan sebagai Baju Melayu Klasik boleh dilihat kepada gambar -gambar lama yang di bawah.

baju melayu klasik

baju melayu zaman dulu

 

Baju Melayu Tradisional

Baju melayu tradisional merupakan baju melayu yang kita nampak hari ini. Dipercayai baju melayu tradisional lahir pada awal 1900an hasil daripada pengaruh golongan bangsawan pada waktu itu. Ini disebabkan oleh beberapa elemen didalam baju melayu tradisional

Songkok :

Pengunaan songkok dipercayai berasal daripada pengaruh kerajaan Turki Uthmaniah yang menjadi contoh kepada kerajaan Melayu pada waktu itu – pengunaan fabrik baldu yang agak panas sememangnya bertentangan dengan norma fabrik semutar yang mengunakan kain kapas sebagai aksesori menutup kepala.

Pengaruh pemakaian songkok ini boleh dilihat pada gambar lama sultan dan raja melayu yang mula mengambil fesyen ini sebagai aksesori menutup kepala.

songkok soekarno

Ada juga berpendapat – pemakaian songkok pada era 1930an merupakan lambang pemodenan dan gerakan kemerdekaan yang popular di rantau kita waktu tersebut. 

evolusi baju melayu

Walaupun begitu – fesyen bersongkok yang lebih mudah digayakan dan tampil lebih kemas diangkat menjadi aksesori menutup kepala orang melayu dan digandingkan terus

Baju Melayu Cekak Musang / Teluk Belanga (Top) :

Baju melayu ini dipercayai mula popular pada awal 1900an yang mempunyai maksudnya tersendiri untuk setiap elemen didalam baju melayu

  • Pengunaan 5 butang melambangkan Lima rukun Islam
  • Pengunaan 1 butang melambangkan Tuhan yang esa
  • 3 poket depan melambangkan – Islam , Iman , dan Ihsan
  • 6 panel pesak melambangkan rukun Iman

Siapa sangkakan setiap elemen didalam baju melayu mempunyai maksud yang tersendiri dan melambangkan betapa dekatnya agama Islam di dalam kehidupan seharian orang melayu.

Cuma – apa yang menjadi pelik – baju melayu pada era moden ini banyak diperbuat daripada fabric satin polyester dimana ianya sebenarnya tidak sesuai dengan cuaca khalustiwa seperti kita.

Walaupun ada yang berpendapat yang fabric satin polyester ini mudah gosok dan mudah dijaga , fabrik polyester tidak lasak – mudah koyak dan tidak selesa dan lembut seperti fabrik kapas (cotton).

Seluar baju melayu :

Dipercayai seluar baju melayu mempunyai fesyen tetapi tidak banyak berubah iaitu :

  • Pada zaman awal – pengunaan seluar cerut / bergetah dengan potongan besar tidak mengikut bentuk badan si pemakai. Mengunakan fabrik kapas. Labuh seluar pula singkat pada paras atas buku lali (hampir 3 quarter)
  • Pada zaman moden – seluar baju melayu menjadi evolusi dimana potongan moden mengunakan fabrik moden digunakan – ianya akan dibentuk mengikut potongan slim fit dan labuh melepasi buku lali untuk disesuaikan apabila memakai dengan kasut.

Sampin Baju Melayu :

Seperti yang kita bincangkan diatas , sampin baju melayu pada awalnya mengunakan fabrik kain kapas (cotton) tetapi pengaruh daripada golongan bangsawan menyebabkan rakyat kebanyakan mula mengadaptasi pengunaan songket tenun sebagai samping.

 Baju Melayu Moden Cirgaro Apparel

Ini diperkuatkan lagi dengan corak songket tenun lebih cantik dan tampil lebih menarik apabila dipakai pada waktu keramaian dan hari istimewa.

Ini diperkuatkan lagi dengan kemasukan songket tenun murah dari benua India menyebabkan songket menjadi lebih mampu milik.

Kini sangat jarang kita melihat orang lelaki memakai songket mengunakan kain kapas (cotton) atau mengunakan kain pelikat sebagai sampin.

Disini kami ada share cara-cara untuk ikat kain sampin secara mudah. 

Baju Melayu Moden

Perkembangan modest fashion atau dengan kata nama kain modest fashion menjadi suntikan evolusi kepada fashion pakaian baju melayu yang tidak pernah berubah.

Perubahan ini bukanlah berniat untuk menghakis tradisi dan warisan baju melayu , tetapi lebih kepada penyesuaian kepada keadaan semasa yang memudahkan dan menguntungkan penguna fesyen baju melayu.

Pada peringkat awal tahun 2011 pengaruh kurta mula hadir ke fesyen tempatan , ianya bermula apabila pengeluar fesyen lelaki mula memasarkan kurta daripada luar negara. Penerimaan pula agak mengalakan menyebabkan fesyen ini bertahan dan mendapat tempat di hati orang Malaysia.

Evolusi ini diteruskan oleh Cirgaro Apparel pada tahun awal tahun 2016 apabila mula memasarkan kurta pendek (tidak labuh seperti kurta luar negara) ianya lebih bersesuaian dan bertepatan dengan tubuh badang orang Malaysia yang tidak tinggi lampai.

Apa yang terjadi rekaan kurta terutamanya rekaan Cirgaro Apparel lebih mirip kepada baju melayu berbanding kepada kepada kurta. Ini menyebabkan penguna agak confuse untuk mendefinasikan apa sebenarnya kurta dan apa sebenarnya baju melayu moden.

Oleh disebabkan demikian , Cirgaro Apparel masih mengunakan perkataan kurta moden dan baju melayu moden sebagai definasi khas kepada setiap keluaran busana lelaki Cirgaro Apparel.

Kenapa Kurta Moden / Baju Melayu Moden ? Ini disebabkan pengunaan elemen moden didalam “design language’ yang diterapkan didalam setiap rekaan busana Cirgaro Apparel.

Elemen design language yang diterapkan didalam rekaan busana Cirgaro Apparel ialah

  1. Pengunaan fabrik kapas (cotton) yang sejuk , selesa dan mudah digosok berbanding fabrik kapas lama.
  2. Pengunaan teknologi jahitan antarabangsa SPI (Stich Per Inch) dimana jahitan untuk busana Cirgaro Apparel mempunyai kemasan dan mempunyai 12 hingga 15 jahitan untuk setiap inci. Bukan sahaja menyebakan jahitan lebih kemas dan halus , pengunaan standard SPI juga menjadikan jahitan setiap busana Cirgaro lebih kukuh dan tidak mudah koyak.
  3. Flexibility – pengunaan pelbagai diterapkan didalam rekaan baju melayu cirgaro dimana penguna tidak perlu membazir untuk membeli satu set Bersama seluar – kami di Cirgaro Apparel percaya golongan lelaki di Malayisa mahukan sesuatu seperti t-shirt atau kemeja yang mudah digayakan dengan seluar / kain pelikat untuk pelbagai majlis yang penting.
  4. Elemen moden minimalis diterapkan dengan lebih banyak bertepatan dengan kehendak golongan lelaki yang mahukan pakaian mereka tidak sarat serta ringkas dan bersesuaian dengan fesyen semasa.
  5. Warna Moden baharu – pengunaan warna sebenar lelaki moden juga diterapkan didalam setiap rekaan busana Cirgaro Apparel dimana – Koleksi Baju Melayu / Kurta Moden Cirgaro Apparel 2019 hadir dalam 40 warna pilihan.

Walaupun begitu kami juga mempunyai line up baju melayu moden yang mengekalkan ciri-ciri baju melayu tradisional seperti pengunaan kolar cekak musang butang lima bagi mereka yang masih menginginkan pakaian tradisional baju melayu.

Click sini untuk melihat koleksi terkini Fesyen Melayu Moden Cirgaro Apparel 

Baju Melayu Teluk Belanga

Sejarah Baju Melayu Teluk Belanga boleh dilihat pada tahun 1800an yang dipopularkan oleh Sultan Abu Bakar kebetulan yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura. Oleh kerana itu, Baju Melayu fesyen tersebut dinamakan sebagai “Baju Melayu Teluk Belanga”.

Baju Melayu Teluk Belanga pada asalnya adalah labuh dan polos (longgar) dan dijahit mempunyai pesak dan kekek dibahagian tepi baju. Untuk seluar pula mengunakan fabrik dan warna yang sama seperti baju.

Untuk rakyat biasa, baju melayu ini dipakai bersama kain dagang yang boleh dibuat semutar dikepala  dan sampin yang diikat pakai di bahagian pinggang.

Ada dua jenis pemakaian baju melayu teluk belanga, iaitu berdagang diluar (tuck in, baju melayu teluk belanga didalam , samping diluar) dan berdagang didalam (tuck out – baju melayu di luar/ atas samping , samping dipakai diluar).

Menurut Datuk Ayud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, pada peringkat awal pemaikaian Baju Melayu Teluk Belanga dengan stail berdagang diluar (baju melayu tuck out , sampin didalam baju melayu) hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan.

Namun pada tahun 1981, Sultan Iskandar menitahkan sesiapa sahaja boleh mengayakan baju melayu teluk belanga berdagang diluar.

*walaubagaimanapun penulis masih belum pasti adakah orang awam boleh mengenakan baju melayu teluk belanga dengan seluar hitam sama seperti keluarga diraja Johor.

Walaupun baju melayu teluk belanga sinonim dengan rakyat Johor, fesyen baju ini menjadi pilihan utama penguna fesyen lelaki diseluruh Malaysia.

Ini sebabkan oleh beberapa perkara dibawah

  1. Tiada kolar , selesa dan tidak panas untuk dipakai seperti t-shirt
  2. Tidak memerlukan butang aksesori seperti baju melayu cekak musang – mudah utk dipakai.
  3. Mempunyai dua poket dibawah (hampir 90% baju melayu teluk belanga).
  4. Tampil serdahana dengan kolar teluk belanga yang nampak lebih kurang formal berbanding dengan kolar cekak musang.
  5. Senang dan sesuai digayakan dengan kain pelikat atau berseluar slack / jeans.

Oleh kerana demikian , Cirgaro Apparel terpanggil untuk melancarkan koleksi baharu Baju Melayu Teluk Belanga untuk tahun 2021 (berserta dengan seluar). 

Koleksi baharu ini dilancarkan disebabkan sambutan yang sangat mengalakan dengan Kurta Teluk Belanga sejak 3 tahun lepas.

Click sini untuk melihat Koleksi Kurta Teluk Belanga kami.

Koleksi Baju Melayu Teluk Belanga 2021 ini mengekalkan ciri-ciri klasik baju melayu teluk belanga dimana ianya dihasilkan mengunakan kolar bulat (tanpa kolar tinggi) sama seperti baju melayu teluk belanga dahulu kala.

Turut melengkapi baju melayu teluk belanga ini adalah 2 poket di bahagian bawah (tiada poket dada) sama seperti Baju Melayu Teluk Belanga Klasik.

Manakala untuk seluar – kami menampilkan rekaan moden seluar “ala slim fit”. Maksud “ala slim fit” adalah kami kecilkan sedikit bahagian bawah seluar tetapi bahagian peha dan cawat adalah berukuran standard.

Seluar baju melayu ini turut dilengkapi zip dan getah pinggang untuk memberi rasa selesa apabila memakai seluar baju melayu ini.

Semua seluar yang dihasilkan adalah mengikut warna baju tersebut.

Untuk tahun 2021 beberapa warna baru akan diperkenalkan iaitu :

  1. Putih
  2. Hitam
  3. Merah Rasberry
  4. Pink Belacan
  5. Saphire Blue
  6. Baby Blue
  7. Light Salmon
  8. Teal Green

Lebih menarik , hampir 90% Baju Melayu Teluk Belanga untuk keluaran 2021 mempunyai pasangan kurta kanak-kanak teluk belanga yang sedondon. (pening nak tahu warna pilihan anda ada ke tak dalam koleksi raya 2021 ? 

Boleh hubungi talian hotline kami 016 8811 430 untuk sebarang pertanyaan. 

(10 pagi hingga 6 petang Isnin hingga Jumaat) 

(10 pagi hingga 2 petang Sabtu.) 

Leave a comment

All comments are moderated before being published