Cirgaro Apparel akan berkampung di Mood Republik Perak Raya Fest 2017.

baju raya, kintariverfronthotel, mood republik, mood republik raya fest perak, rayafestperak, shoppingraya -

Cirgaro Apparel akan berkampung di Mood Republik Perak Raya Fest 2017.

Bertempat di Kinta Riverfront Hotel , di tengah2 kota Ipoh akan berlansung festival fesyen yang gilang gemilang yang bakal menghimpunkan lebih daripada 100 jenama fesyen popular tanah air. Apa yang menarik Mood Republik Perak Raya Fest julung kali dibuat pada hari pertama dan kedua bulan Ramadhan.

Peminat fesyen tanah air digalakan sangat-sangat untuk merebut peluang ini utk membeli belah awal untuk mendapatkan busana pilihan kalbu. “Say no more to last minute shopping” yang seringkali mengeecewakan anda akibat kehabisan saiz dan stok.



Kemeriahan Festival Fesyen No. 1. tanah air ini dijangka meletup dengan suasana membeli belah yang grand dan meriah. Pelbagai acara acara menarik akan diadakan sepanjang Mood Republik Perak Raya Fest seperti pemberian 10,000 goodie bags yang percuma , RM 10,000 Hujan Duit Raya , dan Penampilan khas artis-artis popular tanahair.



Berkata mengenai penampilan khas artis-artis popular tanahair. Penampilan mereka bukan sekadar hanya datang dan bertemu peminat. Kesemua mereka akan melancarkan jenama barangan mereka tersendiri. Ada yang akan melancarkan busana fesyen , pewangi , dan alat-alat kosmetik.



Untuk pengetahuan semua pembaca , Mood Republik Perak Raya Fest menawarkan suasana membeli belah yang selesa (walaupun ada yang mengatakan ianya sesak) tetapi ianya dibuat di ballroom hotel yang berhawa dingin. Faktor keselamatan juga dititik beratkan dimana , anggota keselamatan RELA dan Anggota Perubatan Kecemasan Paramedik akan standby sepanjang masa Festival ini berlansung.

Telah terbukti dalam Mood Republik sebelum ini , Mood Republik merupakan Festival yang mesra pengunjung terutamanya yang berkeluarga dimana , ruang pejalan kaki sekitar booth jualan adalah terang , luas dan bebas halangan berbahaya. (tiada lubang atau longkang seperti shopping di outdoor).

Pengunjung yang berkunjung ke Mood Republik Perak Raya Fest , boleh membawa stroller anak kecil dimana hall jualan dilengkapi dengan lif dan ram utk memudahkan keluarga yang membawa stroller anak kecil berkunjung dan membeli belah.



Cirgaro Apparel pula , mengambil kesempatan pada kali ini untuk menawarkan keluaran terbaru kami iaitu Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro Apparel dimana dua jenis baju kurung akan ditawarkan – Baju kurung peplum Nia dan baju kebaya moden Queen. Kedua-dua baju kurung ini di gayakan eksklusif oleh Mawar Rashid selaku duta Cirgaro Apparel.

<< Klik link ini utk ke Koleksi Raya Baju Kurung Wanita Cirgaro X Mawar Rashid >>

Lebih menarik lagi mengenai dengan koleksi ini adalah kedua-dua baju kurung ini adalah diperbuat daripada fabrik yang sama dengan Koleksi Kurta King dan Kurta Neo yang menjadi pilihan popular jejaka tanah air. Turut ditawarkan Kurta kanak-kanak lelaki dan Baju Kurung kanak Perempuan yang sedondon.

Seperti kebiasaan untuk peminat kurta yang akan hadir ke Mood Republik Perak Raya Fest , kami turut menawarkan Kurta NEO , Kurta KING dan yang paling terkini Kurta UNO version 2. Bercakap mengenai Kurta UNO version 2 , Kurta Uno Version 2 merupakan kurta keluaran Cirgaro Apparel terkini yang bakal ditawarkan pertama kali.

Kurta Uno Version 2 merupakan kesinambungan Kurta Uno Version 1 yang mendapat sambutan yang sangat mengalakan pada tahun lepas. Kurta Uno Version 2 akan hadir dalam 5 warna berlainan iaitu biru, hijau emarald , kelabu gelap , dusty pink dan aqua blue. 

Oleh kerana demikian , orang-orang perak dijemput hadir beramai utk merebut peluang untuk membeli belah di Festival Fesyen No 1 Malaysia. 

<<Klik sini untuk melihat update terkini Mood Republik di IG Cirgaro Apparel>>


Related Posts

Tags