Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Cirgaro akan terbang ke Miri, Sarawak bersama LEFESTOUR

Cirgaro akan terbang ke Miri, Sarawak bersama LEFESTOUR
Fesyen

Cirgaro akan terbang ke Miri, Sarawak bersama LEFESTOUR

Lefest Tour MIri Sarawak

LEFESTour bakal memgegarkan Miri Sawarak pada 25 hingga 27 Ogos 2017 bermula 10 pagi hingga 10 malam. 99 Jenama tempatan akan terbang ke Miri, Sarawak dan akan berkumpul di Stadium Tertutup Miri Sarawak bagi menjayakan festival gilang gemilang ini.

Klik sini utk melihat Instagram Le Fest Tour

Kejayaan penganjuran dan sambutan luar biasa terhadap Lefest Tour Sabah di Kota Kinabalu tempoh hari membuatkan pihak penganjur Le Fest Tour merangka lebih banyak tour di sekitar Sabah dan Sarawak untuk tahun 2017.

Bagi yang mereka yang kurang jelas mengenai Le FesTour , Le FesTour merupakan festival yang menghimpunkan bukan sahaja jenama fesyen terkenal tanah air tetapi pelbagai jenama tempatan yang menjual produk-produck pelbagai barangan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Festival jualan ini turut dimeriahkan dengan persembahan dan kehadiran artis tempatan yang popular seperti Aiman Tino , Datin Alyah , Mawi , Enot ,Jaly School of Lawak dan ramai lagi. 

lefestour miri sarawak

Festival ini diterajui oleh pengacara dan pelakon serba boleh iaitu Didie Alias (lady gaga Malaysia) yang pastinya membuatkan pengunjung terhibur sepanjang masa. Pendek kata festival ini takkan hambar la.

Bagi kaki shopping dan peminat fesyen tanah air terumatanya di sekitar Miri Sarawak dan Brunei , bolehlah mengambil kesempatan ini utk mendapatkan harga-harga super menarik produk-produk jenama tempatan yang super rare yang dibawa khas untuk orang-orang Miri dan Brunei.

Cirgaro Apparel juga mengambil peluang ini untuk julung-kalinya akan turun ke bumi kenyalang. Hampir kesemua koleksi kurta Cirgaro Apparel akan dipasarkan di Festival LeFesTour ini. Dan paling menarik Kurta Teluk Belanga 2018 (yang paling terkini) turut akan dijual secara eksklusif semasa festival ini berlansung.

Cirgaro Apparel juga menawarkan koleksi wanita mereka yang mengetop iaitu kurung kebaya moden , baju kurung moden nia , koleksi baju kanak-kanak seperti Kurta Prince , Kurta Neo Kids , dan Baju kebaya kanak-kanak.

Lefestour Miri Sarawak

Koleksi baju lelaki Cirgaro™ tidak sah jika tiada Jubah King dan Jubah Marhaen Version 2 yang turut akan ditawarkan kepada semua orang Miri , Sawarak.

Berkata mengenai lokasi penganjuran Le Fest Tour Miri pula ianya amat berhampiran dengan Negara Brunei (drive 1 jam setengah dah sampai).

Untuk pengetahuan semua , pelbagai aktiviti menarik akan berlansung semasa Festival LEFEST Tour Miri, seperti

  1. Zumba Party terbesar di Miri , Sarawak
  2. Mini Konsert oleh artis-artis terkenal
  3. Sesi Karaoke Bersama artis terkenal
  4. Cabutan Bertuah
  5. Pertanding Mewarna untuk kanak-kanak

    Bagi bakal para pengunjung yang bakal mengunjungi Lefest Tour Miri yang bertempat di Stadium Tertutup Miri dinasihatkan untuk datang awal kalau boleh hari pertama bagi mengelakan produk yang diingini sold out.

    Le Fest Tour Miri Sarawak

    Dijangka sekitar 100,000 orang akan mengunjungi festival ini. Kawalan keselamatan sepanjang festival ini berlansung akan dibuat oleh pasukan RELA.

    Ikuti perkembangan Team Cirgaro Apparel yang akan terbang ke MIRI untuk LEFEST TOUR MIRI di Instagram mereka.

    cirgaro blog writer

     

     

     

     

    Leave a comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

    All comments are moderated before being published.

    Read more

    Kurta Teluk Belanga 2018 | 10 warna pilihan
    Baju Melayu Moden

    Kurta Teluk Belanga 2018 | 10 warna pilihan

    Setelah mendapat sambutan yang sangat mengalakan dari peminat-peminat fesyen tempatan. Cirgaro™ bakal melancarkan Koleksi Kurta moden terkini mereka iaitu KURTA TELUK BELANGA. JIka anda mengikut...

    Read more
    Cuti panjang nie Butik Cirgaro bukak tak ?
    Baju Kurung

    Cuti panjang nie Butik Cirgaro bukak tak ?

    Alhamdulillah, Tahun 2017 ini genap sudah 60 tahun negara Malaysia (tanah melayu) merdeka. Dan kita bakal menyambut Hari Raya AidilAdha selepas tarikh keramat 31 ogos ini. Tarikh yang rapat sebeg...

    Read more