Fesyen vs Trend

Fesyen vs Trend

Seringkali kita mengunakan perkataan fesyen dan trend apabila mengaitkan “perubahan kosmetik” (fizikal luaran) sesuatu benda. Realiltinya fesyen dan trend mempunyai maksud yang berbeda. Namun saling berkait rapat.

Didalam blog post kali ini, admin mengajak para pembaca setia semua untuk mengupas bersama berbezaan dan maksud fesyen dan trend mengikut pengalaman admin Cirgaro Apparel.

Apa itu Fesyen. 

fesyen vs trend

sumber: google

Fesyen merupakan stail popular dalam baju dan pakaian . Kasut , aksesori dan make up. Secara umum fesyen akan dikaitkan dengan baju dan pakaian.

Kebiasaan nya fesyen akan bertahan satu musim – jika di Malaysia – musim perayaan dan akan berubah dari musim ke musim. Mungkin pada hari raya tahun lepas kita boleh melihat fesyen baju kurung peplum menjadi fesyen pilihan tetapi berbeza pada tahun ini fesyen baju kurung kebaya menjadi pilihan.

Perubahan adalah satu-satunya benda yang tetap dalam fesyen. Perubahan serta kelahiran baru stail klasik – contoh baju kurung kebaya (untuk raya tahun ini) merupakan faktor penting dalam perubahan dalam fesyen. Fesyen tidak semestinya kelahiran “out of the blue” stail baru tetapi lebih kepada pusingan semula (baca rotation) fesyen lama diberi nafas baru.

Inovasi juga faktor penting dalam bidang fesyen apabila pusingan fesyen lama keluar balik. Contoh apabila fesyen baju kurung moden ditambah dengan inovasi fabrik printed custom memberi nafas baru. Baju kurung moden yang mengunakan printed custom adalah lebih terhad kepada jenama fesyen tersebut dan warna dan design overallnya lebih menarik. 

Selebriti seperti pelakon , penyanyi popular , orang kenamaan , dan “public figures” merupakan agen pengaruh (influecer) yang akan mempengaruhi fesyen pada masa tersebut. Dan perlu kita ingat mereka berkerjasama erat dengan fashionista-fashionista (baca fesyen designer) dalam menzahirkan pemasaran fesyen gubahan terkini mereka.

fesyen vs trend

sumber: instagram elrahexclusive

Contoh bagaimana El Azman mengunakan artis lelaki baru yang meningkat naik Fattah Amin.

Apa itu trend ?

Jika fesyen bertahan untuk jangkamasa yang pendek. Trend pula mempunyai jangka hayat lebih panjang kadang-kadang sampai bertahun-tahun. Trend juga sebahagian daripada fesyen. Berbeza dengan fesyen yang sering dikaitkan dengan pakaian. Trend turut digunakan dalam bidang lain seperti kewangan , automotif dan lain-lain.

Trends dalam fashion dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu : politikal , sosial , ekonomi dan teknologi

Contoh :

Politik

Trend fesyen modest fashion atau fesyen muslimah serdehana dipengaruhi dengan pergerakan politik negara yang semakin cenderung ke arah Islam.

Disebabkan itu , mood rakyat juga lebih terbuka kepada fesyen-fesyen yang berunsurkan Islamik. Fesyen wanita berjubah seperti di rantau Arab , sebelum ini tidak popular tetapi sekarang ianya telah menjadi sebagai salah satu wardrobe wajib dalam pakaian harian mereka.

Kesedaran dalam politik semangat Melayu juga melahirkan trend fesyen bertanjak dikalangan golongan lelaki melayu Islam.

tengkolok hipster

sumber: instagram tengkoloque

Sosial

Manakala didalam sosial pula , kesedaran kearah lebih kepada berfesyen yang memenuhi tuntutan Islam menjadi pilihan.

Fesyen bertudung contohnya 10 tahun lepas yang tidak pernah diambil serius oleh “player-player fesyen negara” sekarang menjadi industri yang bernilai puluhan jutaan ringgit.

Ledakan fesyen dan trend bertudung dikalangan wanita Islam Melayu di Malaysia melahirkan puluhan jenama fesyen yang mendapat tempat dikalangan dikalangan wanita Islam Melayu. Pelbagai rekaan yang mengikut rekaan

fesyen vs trend

sumber: instagram duckscarves

Pada tahun 2011 Euromonitor melaporkan industri fesyen negara di kuasai oleh jenama-jenama antarabangsa. Perkembangan ini mula berubah apabila jenama-jenama tempatan semakin berani bertapak dan menceburi bidang peruncitan (retail) dengan membuka cawangan-cawangan di Pusat membeli belah , dan juga cawangan-cawangan rumah kedai di kawasan-kawasan strategik di seluruh negara.

Ekonomi

Pada waktu artikel ini ditulis, ekonomi negara dilanda pelbagai cabaran seperti kenaikan harga tukaran wang asing – dollar Amerika , kelembapan sector penerbangan serta industri minyak dan gas.

Pemimpin parti pembangkan pula memainkan isu-isu negative mengatakan ekonomi negara bakal bangkrap walhal data ekonomi negara masih menunjukkan perkembangan ekonomi sebanyak 5 peratus (setakat September 2017).

Disebabkan faktor-faktor diatas perubahan mood pembelian pembeli (consumer) yang reserve (baca berhati-hati) membuatkan consumer cenderung untuk membelanjakan pembelian mereka kepada jenama-jenama fesyen yang kuat dan popular sahaja.

shopping fashion vs trend

sumber: google

Consumer tidak lagi “robust spending” (berbelanja dengan kasar) tetapi sangat berhati-hati. Seringkali para penguna sudah pandai membuat kajian mini sebelum mengambil keputusan. Perkembangan ini boleh dilihat dengan pertambahan “viewer” di facebook atau youtube yang membuat product review.

Walaupun perkembangan diatas adalah sihat untuk penguna, ianya memberi tekanan yang lebih kepada para pemilik jenama fesyen untuk berkerja lebih keras dalam pemasaran mereka. Pada masa sekarang “claim-claim” kosong yang di laungkan oleh jenama-jenama fesyen tidak diterima / berkesan secara 100 peratus oleh pengguna.

Teknologi.

Perkembangan teknologi – pengenalan custom digital printing untuk fabrik membuatkan jenama-jenama fesyen di tanah air melancarkan fabrik corak mereka sendiri yang unik kepada jenama mereka sendiri. Jenama terkenal seperti Minaz, LeeyanaRahman , dan Bella Amara mengunakan perkembagan teknologi terkini fabrik dalam menghasilkan rekaan busana mereka.

Berbeza dengan ada zaman sebelum teknologi percetakan kain secara digital , jenama-jenama fesyen perlu menempah dengan pengilang kain dalam kuantiti melebihi 5000 meter jika mahukan corak mereka yang sendiri (custom design).

teknologi dalam fesyen

sumber: google

Terdapat juga jenama-jenama tempatan yang lain seperti Syarikat kami yang memperkenalkan fabric generasi baru dimana, stigma fabric kapas (cotton fabric). Fabrik generasi baru ini seperti Hybrita Cotton Fabric lebih “breathable” tidak panas , soft cotton feel , dan yang paling penting tidak perlu digosok apabila dibasuh.

Keterangan diatas boleh difahami dengan lebih mudah jika kita mengaitkan dengan :

  • Trend jubah perempuan yang meletup pada 4 tahun lepas tidak lagi digilai oleh penguna wanita. Permintaanya mula stabil.

fesyen vs trend

sumber: instagram jubahsouq 

  • Sudah menjadi kebiasan sejak 2 tahun lepas , jenama-jenama fesyen wanita akan mengeluarkan corak fesyen mereka yang unik kepada jenama mereka setiap 3 bulan. Penguna lebih
  • Trend bertudung yang konsisten dengan kehadiran jenama tudung seperti Fareeda, Neolofa dan Duck Scarf.(berbeza dengan fesyen tudung sebelum ini yang seringkali boring – asyik2 tudung bawal plain sahaja). Ada juga berjaya menembusi pasaran luar negara. Tiada siapa terfikir yang tudung yang selama ini dipandang biasa sebenarnya mempunyai potensi yang besar dalam segi ekonomi.
  • Trend berjubah dikalangan golongan lelaki. Jika dahulu Jubah hanya dipakai oleh golongan agamawan sahaja tapi kini berubah dengan hampir semua golongan lelaki ingin berjubah.

fesyen vs trend

sumber: cirgaro apparel

  • Trend kurta lelaki moden dikalangan golongan lelaki. Trend yang dimulai pada 3 tahun lepas semakin kuat dan semakin mendapat tempat dikalangan golongan lelaki dengan pengenalan teknologi baru dalam pakaian.
  • Trend berkot untuk pekerja kolar putih juga dilihat semakin terhakis (berbeza dengan zaman pasca kemerdekaan yang mewarisi budaya Bristish Pakaian untuk ke pejabat lebih santai terutama dalam sector pekerjaan swasta

 cirgaro blog writer

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Related Posts

Kurta 2018 Teluk Belanga Paling Cantik Bakal Dilancarkan.
Kurta 2018 Teluk Belanga Paling Cantik Bakal Dilancarkan.
Gabungan rekaan kurta moden dan teluk belanga tradisional bakal diserlahkan dalam Kurta terkini kami iaitu Kurta Telu...
Read More
Baju Kurung Moden Cirgaro™  – Sempena Hari Raya Aidiladha
Baju Kurung Moden Cirgaro™ – Sempena Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidilfitri dah berlalu. Now counting days for Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dgn nama Hari Raya Ha...
Read More
Evolusi Baju Kurung
Evolusi Baju Kurung
Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Baju kurung sesuai dipakai oleh...
Read More
Tips berpakaian untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci
Tips berpakaian untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci
Setelah bulan syawal semakin dekat untuk melabuhkan tirainya. Kini telah tiba musim Haji dan Umrah bagi yang berkemam...
Read More

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Tags