Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kain Pelikat Warisan Busana Melayu Sejak Berzaman

Kain Pelikat 2021
atlas

Kain Pelikat Warisan Busana Melayu Sejak Berzaman

Ya, memakai kain pelikat sebenarnya bermula dari budaya Arab.

Kain pelikat merupakan antara fesyen pakaian yang khas untuk lelaki yang sangat jarang dibincangkan. Didalam artikel ini kita akan mengupas serba sedikit mengenai kain pelikat di Malaysia.

Kain pelikat atau kata nama lain Kain Sarung (nama yang agak jarang digunakan di Malaysia) merupakan antara pakaian tertua di nusantara. Dikatakan sejarah kain pelikat ini sudah direkodkan sebelum dan pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Kain Pelikat Murah Ready Stock

Klik sini >> untuk melihat koleksi Kain Pelikat 2021. 

Menurut catatan sejarah pada waktu itu , nama pelikat diambil dari sebuah tempat di benua India dimana pedagang yang mula menjual kain sarung berwarna putih. Populariti dan sambutan yang sangat mengalakan membuatkan orang tempatan  memanggil jenis Kain ini - kain Pelikat sempena tempat asalnya.

Namun melalui pencarian sejarah kain pelikat di Internet menjumpai sejarah yang lebih menarik dimana tempat dan susur galur kain pelikat ini bukan lah dari benua India hatta jauh sekali negara Indonesia.

Mengikut sejarah kain pelikat adalah berasal dari benua Arab iaitu Yaman – dimana industri tekstil disitu lebih maju dan juga merupakan industri awal untuk tamadan Islam pada waktu tersebut sebelum merebak ke benua India (pada waktu itu dikuasi oleh kerajaan Islam).

Ya memakai kain pelikat sebenarnya bermula dari budaya Arab.

Oleh kerana demikian di benua Arab fesyen atau budaya berkain pelikat / sarung ini) merupakan lebih awal daripada budaya berjubah dan bersongkok yang dipopularkan semasa Empayar Turki Uthmaniah.

Dan pada waktu tersebut ianya 

(**Para pembaca boleh betulkan saya jika salah fakta ini dan komen di ruangan komen dibawah)

pakaian melayu lama

Tetapi nak katakan bahawa kita merupakan negara penguna sahaja (pengimport) dan mengunakan produk luar sahaja merupakan  pendapat yang kurang tepat. Di Malaysia pula kita sebenarnya mempunyai industri Tekstil yang agak besar pada abad ke awal ke 19 mengikut kajian dan beberapa sumber rujukan. Sila rujuk jadual di bawah :

Tetapi bab Industri tekstile di Malaysia agak panjang nak huraikan dan mungkin di artikel yang lain kita akan kupas mengenai Industri tekstile di Malaysia.

Kembali kepada perbincangan sejarah kain pelikat di Malaysia atau di tanah Melayu. Boleh dikatakan kain pelikat sememangnya diterima dengan baik oleh orang tempatan disebabkan ianya mudah untuk dipakai dan digayakan.

Cuaca Khalistiwa kita juga menyebabkan pengunaan kain kapas (cotton) lebih tahan lasak , selesa dan mudah untuk dipakai sebagai pakaian seharian. Seiring dengan kedatangan agama Islam di tanah Melayu , pemakaian kain pelikat juga memenuhi tuntutan menutup aurat.

jadual pengusaha textile di Malaysia

Melalui pengamatan kami juga , perkembangan fesyen kain pelikat dan kain batik dilihat seiring sebagai satu pakaian umum untuk penduduk tanah Melayu pada waktu itu.

Tidak cukup dengan itu , kain pelikat juga turut digunakan sebagai samping dan penutup kepala – semutar (bukan serban atau tengkolok) – satu aksesori yang wajib untuk setiap orang lelaki pada waktu itu tetapi seperti sangat janggal jika mengenakan semutar pada waktu sekarang.

Tetapi ramai yang tidak tahu, pada peringkat awal pengunaan kain sarung / pelikat di tanah Melayu mengunakan kain pelikat yang tidak di jahit (tidak bersambung) dimana ianya lebih mudah dan flexible untuk digunakan.

Pengunakan corak pula pada waktu dahulu lebih kepada putih dan lama kelamaan menjadi mengambil corak kotak-kotak (chequered).

Berkata untuk zaman semasa , kain pelikat menjadi aksesori pakaian yang kurang popular , ianya sering dikaitkan dengan pakaian pakcik – pakcik untuk ke surau / masjid dan untuk pakaian dirumah.

Kain Pelikat Ready Stock Shah Alam

Sangat jarang-jarang sekali pakaian kain pelikat dikenakan untuk keluar rumah sebagai pakaian ke kedai makan , pusat membeli belah , dan kenduri kendara.

Berkain pelikat untuk golongan lelaki telah dikategorikan sebagai pakaian secondary (kelas kedua) yang tidak wajar digayakan apabila majlis rasmi.

Perkara ini boleh disebabkan oleh dengan pengaruh fesyen berseluar dianggap lebih moden manakala bersifat kolot dan kampungan. Perkara ini kita boleh nak salahkan disebabkan pengaruh berseluar berbanding berkain pelikat berlaku diseluruh dunia.

Di India misalnya – berkain pelikat melambangkan kekampungan dan konservatif malah sering juga dikaitkan dengan taraf ekonomi. Ditambah lagi dengan pengaruh British yang menjajah benua India pada masa itu menyebabkan masyarakat bandar khasnya menerima pakai berseluar sebagai keperluan pakaian harian.

Namun berbeza dengan di India , masyarakat disana masih mengangap berkain pelikat sebagai pakaian tradisional dan sering dikenakan semasa majlis keramaian seperti upacara perkhawinan dan hari -hari tentu perayaan.

Di artikel sebelum ini , kita telah banyak berbincang mengenai fungsi kain pelikat yang boleh digunakan sebagai semutar / tanjak / tengkolok dan sebagai kain samping. Apa yang menarik generasi kini tidak tahu bahawa fabrik kapas (cotton) kain pelikat lebih sesuai dan mudah untuk dijadikan sebagai penutup kepala dan samping.

Ini disebabkan industri fesyen kita sendiri terikut dengan budaya orang bangsawan yang mengenakan kain songket sebagai fabrik pilihan untuk samping dan tengkolok. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus industri fesyen negara tidak “hihglight” pengunaan kain pelikat.

Ini disebabkan fabrik kain songket itu sendiri lebih cantik dan berkilat apabila dijadikan tengkolok / tanjak serta samping. Tidak cukup dengan itu pada sesiapa yang pernah mencuba untuk membuat tengkolok sendiri , fabrik songket lebih mudah digayakan mengikut kehendak kita berbanding fabrik kain pelikat.

Walaupun fabrik kain songket lebih banyak kelebihan daripada kain pelikat , generasi muda sekarang semakin lama – semakin menjauh daripada mengenakan kain songket sebagai aksesori pakaikan mereka. Ini disumbangkan oleh beberapa faktor iaitu –

  1. Kain Songket sangat mahal sehinggakan boleh mencecah belasan ribuaan ringgit.
  2. Kain songket lebih susah didapati di pasaran disebabkan tidak banyak kedai pakaian yang mahu menyediakan stok bekalan.
  3. Kain songket susah untuk dijaga hanya boleh di “dry clean” sahaja.
  4. Kain songket mudah rosak dan tidak lasak disebabkan tenunan benang songket itu sendiri.

Tidak hairanlah , kain songket sememangnya sesuai digayakan oleh golongan bangsawan yang boleh melayan karenah khas kain songket. Perkara ini diburukan lagi dengan industri songket negara yang agak eksklusif (handmade and low volume).

Tetapi ramai yang tidak tahu , bukan semua songket terangganu (yang diclaim daripada oleh sesetengah peniaga) adalah berasal dari negeri terengganu dan bukan semua songket yang berharga ribuan ringgit merupakan tenunan tangan.

Bagaimana nak tahu songket tersebut merupakan buatan Terengganu atau tenunan tangan (handmade) ? Perkara -perkara ini kita akan bincangkan dengan lebih lanjut di artikel akan datang.

Oleh kerana demikian , pihak Cirgaro Apparel mengambil inisiatif untuk mempopularkan kembali pengunaan kain pelikat / kain sarung dikalangan pengemar fesyen negara. Ini disebabkan pengunaan kain pelikat lebih mudah dan sesuai dengan kehendak penguna fesyen semasa.

Bukanlah kami mahu menghakis pengunaan kain songket dikalangan pengemar fesyen , tetapi kami ingin menjadi diantara pihak yang awal menawarkan kain pelikat sebagai aksesori fesyen untuk golongan lelaki.

Jika orang perempuan sudah mula menerima kain batik sebagai fesyen mereka dan golongan lelaki telah mengambil perhatian serius dalam mengunakan kain batik sebagai kemeja mereka – kini sudah tiba masanya kain pelikat mengambil kembali ruang wardrobe almari anda.

Untuk pengetahuan semua pihak Cirgaro Apparel menampilkan kain pelikat bermula harga serendah RM20 sehingga RM170. Pelbagai jenis fesyen boleh digayakan seperti mengenakan kain pelikat yang sedondon dengan pakaian kurta anda.

Tidak cukup dengan itu , kain pelikat yang berharga RM170 menampil teksture corak yang kaya dengan motif-motif moden nusantara yang sememangnya sangat sesuai dijadikan kain pelikat yang bergaya dan selesa.

>> Click sini untuk melihat Koleksi Kain Pelikat Nusantara 2021. 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Fesyen Wanita 2021
aeon kota bharu

Fesyen Terkini Wanita Malaysia untuk Tahun 2021.

Kini atas permintaan ramai,  Cirgaro Apparel menampilkan fesyen kasual terkini bagi memenuhi kehendak para pelanggan Cirgaro Apparel khususnya wanita. Pada 26 Jun 2020 Cirgaro Apparel mengorak la...

Read more
Kurta Nanorism™
4XL

Kurta Pertama yang diperbuat dari fibre buluh - Kurta Nanorism by Cirgaro Apparel

Are you tired of wearing clothes that don't keep up with your active lifestyle? Do you wish there was a way to stay comfortable and stylish no matter where you go? Look no further th...

Read more