Kurta kanak-kanak 2017 | Baju Raya kanak-kanak 2017

Keluarga yang pakai sedondon warna berpakaian di hari raya tampil lebih ceria dan bergaya di hari raya.

Semua ibu bapa akan memastikan hari ramadan dan lebaran yang bakal menjelma akan menjadi paling istimewa buat keluarga. Disamping beribadat kepada Allah s.w.t. Menjelangnya hari lebaran , persiapan yang paliing penting adalah mencari baju raya. 

Persiapan mencari baju raya adalah disunatkan dalam Islam dan menjadi lambang perayaan umat Islam dalam merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa bersama. Tidak kira tua atau muda mengayakan baju raya yang paling ideal mengikut citarasa masing-masing mempumyai sentimental value yang tinggi. 

Yang paling seronok adalah golongan kanak-kanak. Pada mereka hari raya adalah hari yang istimewa yang penuh dengan kemeriah dan keseronokan. Walaupun mereka tidak mampu membeli sendiri hatta berpengetahuan dalam bidang fesyen. Golongan cilik ini akan merajuk 1000 batu jika tiada persalinan baru untuk mereka di hari raya. 

Di Malaysia pula fesyen sedondon di hari raya telah lama bermula dan semakin mendapat tempat dikalangan umat Islam khasnya kaum melayu. Dipercayai fesyen sedondon satu keluarga ini bermula diselatan tanah air. 

Pada peringkat awal , hanya sang ayah dan sang ibu akan berpasangan warna sama. Tetapi apabila gambar keluarga diambil , nampak tidak cantik pula apabila sang anak-anak tidak sama warna. 

Disebabkan itu , kini parent-parent semalaysia mula mencari baju raya yang sedondon untuk anak lelaki dan perempuan mereka. 

Keluarga yang pakai sedondon warna berpakaian di hari raya tampil lebih ceria dan bergaya di hari raya. 

Rekaan Busana Raya untuk kanak-kanak lelaki pada tahun ini lebih ringkas dengan kami memperkenalkan kurta teluk belanga kanak-kanak. Mengunakan Hybrik Japan Cotton yang sama seperti sang ayah (Kurta Teluk Belanga Klasik). Si cilik pasti akan tampil tampan dan selesa pada hari lebaran kelak.

Semua 6 warna adalah berpadanan dengan kurta ayah (kurta teluk belanga klasik) dan baju kurung mak. Tidak cukup dengan itu , Baju kurung kanak kanak perempuan juga mempunyai padanan warna yang sama.

Sering kali Baju Raya untuk kanak-kanak sukar untuk dicari. Terutamanya yang sedondon dengan baju ayah dan ibu. 

Kurta Kanak-kanak

(Update 7.8.2018 Kurta Prince telah ditawarkan diskaun.)

Masalah itu boleh diatasi jika persiapan untuk ramadhan dibuat dengan awal jika kita telah membeli kain dan menempah dengan tukang jahit favaourite anda. Tetapi ramai yang menolak untuk berbuat demikian disebabkan tukang jahit yang bagus sukar untuk dicari dan upahnya semakin mahal.

Kini pasaran fesyen tempatan semakin matang dengan memenuhi permintaan ini dengan menawarkan Baju Raya anak yang sedondon dengan kedua ibu dan bapa mereka.

Trend sedondon ini bermula dengan couple set (suami dan isteri) kini mula merebak dengan jenama fesyen tempatan seperti Cirgaro Apparel menawarkan family set.

Kenapa trend sedondon (family set) ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu ? berikut merupakan kupasan yang kami dapat fikirkan :

  1. READY STOCK, tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan famiily set yang sedondon.
  2. HARGA jauh lebih murah daripada kita menempah busana tersebuit dengan tukang jahit anda.
  3. SAIZ , yang ditawarkan oleh Cirgaro Apparel adalah lengkap – Koleksi Raya 2017 bermula saiz kanak2 (saiz 4 – 10) manakala saiz dewasa adalah (XS – 3XL).
  4. KUALITI busana ready made sekarang sangat baik. Dimana istilah “jahitan butik” sudah hampir tidak wujud lagi.
  5. FESYEN terkini, ready made – ready to wear , lebih mengikut trend berbanding bajju tempahan.
  6. LAMBANG kesatuan – jika kita memakai Baju Raya yang sedondon satu family , imej family tersebut melambangkan sehati dan sejiwa satu keluarga.

Kali ini Cirgaro Apparel melancarkan koleksi Kurta Kanak-Kanak dan Jubah Kanak-kanak setelah permintaan yang tidak putus-putus dari pelanggan Cirgaro yang mahukan Kurta dan Jubah Kanak-kanak turut ada didalam koleksi Raya 2017.

Baju Raya Sedondon

Untuk koleksi Kurta dan Jubah Kanak-kanak Cirgaro Apparel, fabrik yang sama seperti Kurta King dan Jubah King. Semua ciri2 penting Kurta dan Jubah King seperti Zip Tembaga YKK Japan dan kualiti jahitan premium dikekalkan.  

Kurta dan Jubah Kanak-kanak Cirgaro Apparel dinamakan Kurta Prince dan Jubah Prince dan dikeluarkan dalam variasi 7 warna berbeza serta semua kurta dan jubah prince bermula dari saiz 4 hingga saiz 10.

Klik sini untuk melihat koleksi Kurta Teluk Belanga Kids (Kanak-Kanak)

Klik sini untuk melihat Koleksi Jubah Prince Cirgaro Apparel

Klik sini untuk melihat Koleksi Kurta Prince Cirgaro Apparel

 Penulis blog fesyen

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published