Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kurta Kanak-Kanak Lelaki Yang Sedondon Dengan Kurta Dewasa.

Kurta Kanak-Kanak Lelaki Yang Sedondon Dengan Kurta Dewasa.
Fesyen Sedondon

Kurta Kanak-Kanak Lelaki Yang Sedondon Dengan Kurta Dewasa.

Fabric baru ini diperbuat daripada 100% kapas (cotton) yang pastinya sangat selesa untuk dipakai oleh si kecil yang sememangnya aktif bergerak sepanjang hari. 

kurta sedondon ayah dan anak

UPDATE TERKINI UNTUK RAYA 2022. 

Untuk pengetahuan semua , Cirgaro Apparel menampilkan koleksi sedondon untuk Raya 2022 dengan melancarkan koleksi baru kami - Kurta Umar dan Kurta Raihan Dewasa dan Kurta Umar dan Kurta Raihan Kanak-kanak. 

Perbezaan yang pertama untuk Kurta Umar dan Kurta Raihan ini adalah , Kurta Umar adalah Kurta yang diasaskan rekaanya dari Baju Melayu Teluk Belanga manakala Kurta Raihan pula diasaskan dari Baju Melayu Cekak Musang.

Kedua-dua Koleksi Kurta baharu ini hanya top sahaja (baju sahaja) tanpa seluar.  

Bercakap mengenai Kurta Umar , Kurta Umar merupakan kesinamnbungan dari sambutan yang sangat mengalakan sejak dari tahun 2020 ianya dilancarkan. 

Sejak dilancarkan Kurta Umar menjadi pilihan utama para penguna yang mahukan Kurta yang berkualiti dan selesa mengikut citarasa warna yang dikehendaki. 

Untuk tahun 2022 ini , Kurta Umar menawarkan 12 warna moden yang telah di tempah khas mengikut citarasa tempatan. 

Saiz untuk didewasa , adalah bermula dari XS , S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL. Untuk kurta kanak-kanak, kami menawarkan bermula saiz 2 tahun hingga 12 tahun.

Kurta Raihan pula dilancarkan pada tahun ini berikutan permintaan para pelanggan Cirgaro yang mahukan Kurta yang mempunyai kolar. 

Apa yang unik mengenai Kurta Raihan adalah - kami mengunakan butang baju yang diperbuat dari tempurung kelapa bagi mezahirkan imej nusarantara dengan gabungan rekaan moden. 

Stail poket dada tebuk menampilkan lagi keistimewaan Kurta Raihan untuk tampil lebih kemas ,tampan dan bergaya.

Tampil dengan 9 warna baru yang ditempah khas, anda tidak akan koleksi warna secantik Kurta Umar dan Kurta Raihan di jenama kurta yang lain.

Saiz Kurta Raihan bermula S hingga 4XL manakala untuk Kurta Kanak-kanak bermula 2 tahun hingga 12 tahun.   

Untuk setiap kurta dewasa boleh dipadankan dengan kurta kanak-kanak untuk menampilkan warna sedondon. Kami turut menawarkan pembelian berasingan kurta dewasa atau kurta kanak-kanak sahaja. 

Update 2021 (Sementara stok masih ada).  

Apa yang lebih menarik , kurta kanak-kanak pada tahun ini didatangkan dengan fabric printed (bercorak) yang serba baru mengikut arus perkembangan fesyen semasa.

Fabric baru ini diperbuat daripada 100% kapas (cotton) yang pastinya sangat selesa untuk dipakai oleh si kecil yang sememangnya aktif bergerak sepanjang hari. Corak printed checkered (kotak-kotak) pula merupakan corak yang terbaru yang sama eksklusif seperti kurta dewasa Cirgaro Apparel.

Kurta Kanak-Kanak Plaza Shah Alam 

Bagi yang mencari fesyen sedondon, koleksi kurta kanak-kanak Cirgaro Apparel mengunakan fabrik yang sama dengan semua koleksi kurta kurta dewasa Cirgaro Apparel. Barulah anak dan ayah sedondon seinring dan sejiwa di hari istimewa.

Dari segi saiz pula , Kurta Kanak-kanak Cirgaro Apparel menampilkan saiz bermula 1 hingga 12 tahun. 

Kurta Budak Shah Alam

Kurta kanak-kanak Cirgaro cirgaro juga hadir dalam warna-warna plain & printed  dan apa yang lebih menarik adalah ianya sedondon dengan baju melayu teluk belanga dan kurta dewasa 2021. 

>> Click sini untuk melihat Kurta Kanak-Kanak Lelaki (Kurta Umar Kids Teluk Belanga) dan Raihan Kids. 

>> Click sini untuk melihat Kurta Kanak-Kanak Lelaki (Kurta Aryan & Ghassan) 

Kurta Putih Kanak-kanak

Semua ibu bapa akan memastikan hari ramadan dan lebaran yang bakal menjelma akan menjadi paling istimewa buat keluarga. Disamping beribadat kepada Allah s.w.t. Menjelangnya hari lebaran , persiapan yang paliing penting adalah mencari baju raya. 

Persiapan mencari baju raya adalah disunatkan dalam Islam dan menjadi lambang perayaan umat Islam dalam merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa bersama. Tidak kira tua atau muda mengayakan baju raya yang paling ideal mengikut citarasa masing-masing mempumyai sentimental value yang tinggi. 

Yang paling seronok adalah golongan kanak-kanak. Pada mereka hari raya adalah hari yang istimewa yang penuh dengan kemeriah dan keseronokan. Walaupun mereka tidak mampu membeli sendiri hatta berpengetahuan dalam bidang fesyen. Golongan cilik ini akan merajuk 1000 batu jika tiada persalinan baru untuk mereka di hari raya. 

Kurta Umar Kids Kurta Kanak-Kanak Popular

 

Di Malaysia pula fesyen sedondon di hari raya telah lama bermula dan semakin mendapat tempat dikalangan umat Islam khasnya kaum melayu. Dipercayai fesyen sedondon satu keluarga ini bermula diselatan tanah air. 

Pada peringkat awal , hanya sang ayah dan sang ibu akan berpasangan warna sama. Tetapi apabila gambar keluarga diambil , nampak tidak cantik pula apabila sang anak-anak tidak sama warna. 

Disebabkan itu , kini parent-parent semalaysia mula mencari baju raya yang sedondon untuk anak lelaki dan perempuan mereka. 

Keluarga yang pakai sedondon warna berpakaian di hari raya tampil lebih ceria dan bergaya di hari raya. 

Rekaan Busana Raya untuk kanak-kanak lelaki pada tahun ini lebih ringkas dengan kami memperkenalkan kurta teluk belanga kanak-kanak. Mengunakan Hybrik Japan Cotton yang sama seperti sang ayah (Kurta Teluk Belanga Klasik). Si cilik pasti akan tampil tampan dan selesa pada hari lebaran kelak.

Sering kali Baju Raya untuk kanak-kanak sukar untuk dicari. Terutamanya yang sedondon dengan baju ayah dan ibu. 

kurta kanak-kanak sedondon 

Masalah itu boleh diatasi jika persiapan untuk ramadhan dibuat dengan awal jika kita telah membeli kain dan menempah dengan tukang jahit favaourite anda. Tetapi ramai yang menolak untuk berbuat demikian disebabkan tukang jahit yang bagus sukar untuk dicari dan upahnya semakin mahal.

Kini pasaran fesyen tempatan semakin matang dengan memenuhi permintaan ini dengan menawarkan Baju Raya anak yang sedondon dengan kedua ibu dan bapa mereka.

Kurta Kanak-kanak lelaki

Trend sedondon ini bermula dengan couple set (suami dan isteri) kini mula merebak dengan jenama fesyen tempatan seperti Cirgaro Apparel menawarkan family set.

Kenapa trend sedondon (family set) ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu ? berikut merupakan kupasan yang kami dapat fikirkan :

  1. READY STOCK, tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan famiily set yang sedondon.
  2. HARGA jauh lebih murah daripada kita menempah busana tersebuit dengan tukang jahit anda.
  3. SAIZ , yang ditawarkan oleh Cirgaro Apparel adalah lengkap – Koleksi Raya  bermula saiz kanak2 (saiz tahun 2 hingga tahun 12) manakala saiz dewasa adalah bermula XS hingga 4XL.
  4. KUALITI busana ready made sekarang sangat baik. Dimana istilah “jahitan kasar” sudah hampir tidak wujud lagi.
  5. FESYEN terkini, ready made – ready to wear , lebih mengikut trend berbanding baju tempahan.
  6. LAMBANG kesatuan – jika kita memakai Baju Raya yang sedondon satu family , imej family tersebut melambangkan sehati dan sejiwa satu keluarga.

Diharap koleksi Kurta Kanak-kanak Cirgaro Apparel akan menyelesaikan pencarian fesyen sedondon anda. Butik Cirgaro Apparel dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam di Tingkat 1 dan 2 Plaza Shah Alam .  

kurta hitam kanak-kanak

>> Clik sini untuk melihat kesemua koleksi kanak-kanak Cirgaro Apparel. 

Kepada Para Pembaca yang mempunyai masalah untuk membeli belah atas talian boleh hubungi talian hotline kami 016 8811 430 yang sedia membantu anda. 

Sambil itu anda juga boleh menonton video cara-cara pembelian atas talian di website kami yang mudah dan selamat. 

 Penulis blog fesyen

 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Lelaki Plus Size
2XL

Kurta Lelaki Plus Size 2XL , 3XL , 4XL Ready Stock di Cirgaro Plaza Shah Alam.

Namun untuk membangunkan Kurta Plus Size bukan lah mudah. Ini disebabkan golongan plus size atau sado telah biasa memakai t-shirt yang mengunakan fabrik mix cotton yang flexible dan strecthable. ...

Read more
Fesyen Wanita 2021
aeon kota bharu

Fesyen Terkini Wanita Malaysia untuk Tahun 2021.

Kini atas permintaan ramai,  Cirgaro Apparel menampilkan fesyen kasual terkini bagi memenuhi kehendak para pelanggan Cirgaro Apparel khususnya wanita. Pada 26 Jun 2020 Cirgaro Apparel mengorak la...

Read more