Kurta Teluk Belanga 2018 | Koleksi Khas Hari Raya Haji

Baju Melayu Moden, Fesyen Lelaki, kurta 2018, kurta lelaki, Kurta Moden, Kurta Teluk Belanga, Teluk Belanga -

Kurta Teluk Belanga 2018 | Koleksi Khas Hari Raya Haji

Kurta Teluk Belanga 2018 | Baju Melayu 2018

Setelah mendapat sambutan yang sangat mengalakan dari peminat-peminat fesyen tempatan. Cirgaro™ bakal melancarkan Koleksi Kurta moden terkini mereka iaitu KURTA TELUK BELANGA.

JIka anda mengikuti perkembangan kami, Cirgaro™ telah melancarkan kurta teluk belanga yang pertama pada tahun lepas yang diberi nama (Kurta Uno version 1) -11 warna . Menjelang hari raya , kami sempat melancarkan (Kurta Uno Version 2) yang terhad kepada 5 warna.  

Bagi mengelakan para pelanggan Cirgaro™  keliru. Keputusan sebulat suara dibuat pihak kami untuk membiarkan variant koleksi kurta uno selepas ini hanya berbutang. 

Manakala variant koleksi terbaru Kurta Teluk Belanga diberi keluarga sendiri sama seperti kurta king, kurta neo , dan kurta bangasawan.

Insyallah untuk masa hadapan Cirgaro™  mempunyai 8 variant koleksi kurta iaitu :

  1. Kurt King (hanya dikeluarkan untuk hari raya)
  2. Kurta Neo (hanya dikeluarkan untuk hari raya)
  3. Kurta Kanak-kanak (hanya dikeluarkan untuk hari raya)
  4. Kurta Bangsawan Version 1 – Evergreen Collection
  5. Kurta Bangsawan Version 2 - TBC
  6. Kurta Uno Version 2 – Evergreen Collection
  7. Kurta Safari Denim – (Hanya dikeluarkan pada hujung tahun)
  8. Kurta Teluk Belanga Version 2 – Evergreen Collection

Ok, panjang cerita pula mengenai kurta-kurta yang lain. Kita cerita pula mengenai kurta terbaru kami – kurta teluk belanga 2018. Kurta teluk belanga nie sebenarnya mempunyai special feel di hati kami di team Cirgaro™ .

Kenapa special ? Sebab ianya direka dengan menggabungkan rekaan tradisional dan moden. Kalau nak panggil baju melayu teluk belanga moden pun boleh.

Video Kurta Uno Version 1 (2016) SOLD OUT.

Kurta Teluk Belanga 2018 | Baju Melayu Moden

Gambar Kurta Teluk Belanga 2018 - Space Black 

Apa yang lagi special adalah kualiti jahitanya kali ini telah diupgrade hasil daripada “RND” kami kepada kehendak pasaran fesyen lelaki.

Dari segi fabrik juga kami telah mempertingkatkan kualiti fabrik Hybrita Cotton buatan korea dimana Fabrik Hybrita Cotton kali ini lebih mudah iron dan tidak mudah renyuk berbanding Kurta Uno V1. Warnanya juga lebih menarik dan terang tanpa mengabaikan “cotton feel” dan keselesaan si pemakaian.

Berikut merupakan semua warna terkini Kurta Teluk Belanga.

  1. Space Black 
  2. Royal Blue
  3. Dark Blue 
  4. Dusty Pink  
  5. Mangosteen Purple 
  6. Soft Brown 
  7. Maroon 
  8. Executive Grey
  9. Emerald Green
  10. Mint Green 

Tambahan lagi , kami juga telah revise / menyemak kembali pola sizing kami supaya lebih terletak dan cantik apabila di pakai. Pola sizing yang terbaru yang telah ditambah baik ini merupakan pola sizing yang standard yang akan digunakan oleh semua keluaran Cirgaro™  (men department) untuk keluaran terkini dan hadapan.

Gambar Kurta Teluk Belanga 2018 - Mint Green 

Dari sudut design, di bahagian kolar kami telah di redesign semula dengan penambahan butang tembaga yang anti karat dan tampak lebih mewah. Keliling kolar juga dijahit dengan kemas dan teliti bagi bagi mengekalkan imej tradisi.

Di bahagian ketiak pula kami telah mengukuhkan jahitan di keliling ketiak dengan double stitching. Kami turut menambah detailing jahitan “bar tack” di sesetengah bahagian kurta teluk belanga ini.

Design minimalist dan serdahana Kurta Teluk Belanga diteruskan dengan sedikit touch of piping yang berlainan warna di poket dada dan hujung lengan supaya tidak nampak terlalu plain dan boring.

Apa yang lebih menarik Cirgaro™  tidak mengabaikan semua golongan dengan mengeluarkan saiz bermula S hingga 3XL.   

Mengikut pengalaman kami, Kurta Teluk Belanga ini sesuai  untuk digayakan dan dipakai semasa :

  1. Kenduri Khawin 
  2. Pakaian untuk semasa mengerjakan haji dan umrah
  3. Pakaian untuk solat jumaat
  4. Pakaian untuk hari raya haji aidiladha
  5. Pakaian untuk kenduri akikah
  6. Pakaian untuk dulang boys
  7. Pakaian untuk majlis pertunangan

Gambar Kurta Teluk Belanga 2018 - Royal Blue 

Mengapa kurta teluk belanga ini serba versatile adalah disebabkan pilihan warna yang banyak (10 warna) dan pilihan saiz yang extensive bermula saiz s hingga 3xl.

Design yang menarik gabungan tradisional dan moden menambahkan lagi keistimewaan untuk anda memiliki kurta teluk belanga ini.

Bagi peminat fesyen yang mencari baju couple set atau sedondon, kurta teluk ini boleh "dipair up" dengan Baju Kurung Moden Cirgaro yang terkini. 

Klik sini Koleksi Kurta Teluk Belanga 

Klik sini Koleksi Baju Kurung Moden (Coming soon) 

Oh sebelum terlupa , harga pengenalan untuk kurta teluk belanga ini ialah rm99 untuk tempoh masa yang terhad sebelum dinaikan semula ke harga sebenar RM119. Jadi stay tuned ke Instagram dan facebook kami di link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kurta teluk belanga.

Klik sini untuk mengunjungi facebook Cirgaro™

Klik sini untuk mengunjuni Instagram Cirgaro™

 

 

 

 

 


Related Posts

Tags