Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Mood Republik PWTC KL RAYA FEST | Non Stop 72 Hours

Mood Republik PWTC KL RAYA FEST | Non Stop 72 Hours
Baju Raya 2017

Mood Republik PWTC KL RAYA FEST | Non Stop 72 Hours

Mood Republik KL Raya Fest 2017

Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, akan berlansung Festival Fesyen No.1 Malaysia pada 16 hingga 19 Jun 2017. Apa yang menarik mengenai Festival ini adalah ianya adalah NON STOP selama 72 jam bermula 10 pagi Jumaat hingga minggu depan hari Isnin 10 pagi. 

Festival Mood Republik ini memberi peluang untuk semua kaki shopping untuk datang shopping baju raya bermula siang hingga ke malam. Mungkin ramai yang bertanya "ada ke nak shopping sampai ke tengah malam ?

<<Baca Trending Membeli Belah menjelang waktu Perayaan>>

<<Baca Bagaimana nak cari Baju Raya Lelaki 2017 yang paling best>>

Mengikut pengalaman kami pada tahun lepas. Ramai yang mengambil kesempatan pada dinihari pukul 12 malam keatas dan waktu sahur pukul 4 pagi ke atas untuk membeli belah. Pendek kata Pengunjung tidak putus datang tidak mengira masa. 

Lebih 1,000 jenama fesyen tempatan akan berada di bawah satu bumbung yang akan menawarkan busana raya yang paling terkini untuk untuk musim perayaan ini. Mengikut kata penganjur. Dijangka hampir 1 juta stok terkumpul akan ditawarkan kepada para pengunjung yang sememangnya dahagakan busana terkini untuk menyambut Aidilfitri. 

Kebaya paling trending 2017

Mood Republik PWTC KL Raya Fest kali lebih meriah berbanding tahun lepas kerana hampir 100 celebriti terkenal tanah air akan turut serta bersama barangan jenama mereka sendiri. Pihak penganjur juga menyatakan terdapat beberapa jenama baru celebriti yang akan membuat penampilan yang pertama dan melancarkan produk mereka sepanjang festival ini berlansung. 

Para pengunjung usah risau , Dewan Pameran Hall 4 dan 3 PWTC menawarkan keselesaan kepada pengunjung dimana ianya mesra penguna (OKU - dengan wheelchair / Stroller Baby, kawalan keselamatan oleh pihak keselamatan PWTC dan RELA dan Perkhidmatan First Aid (ada ambulans standby 24 hours). 

Edisi Mood Republik PWTC KL kali ini turut menawarkan Buffet Ramadhan RM20.00 dalam ruang legar PWTC bagi memudahkan para pengunjung dan vendor berbuka puasa. 

Kurta King , Kurta Lelaki Moden

Pihak Penganjur juga menawarkan pelbagai aktiviti yang gempak seperti taburan hujan duit raya RM100, 000, pemberian PERCUMA 100,000 goddies bag, dan persembahan artis-artis tanah air. 

Cirgaro Apparel pula akan turut serta dalam Festival Mood Republik KL Raya Fest. Booth kami akan berada di bahagian hadapan Hall 4. Cari bendera Merah Cirgaro. Semua produk terkini Koleksi Baju Raya 2017 Cirgaro Apparel akan ditawarkan seperti : 

a. Kurta Neo

b. Kurta King

c. Kurta Prince (Kurta untuk Kanak-kanak)

d. Baju Kurung Moden Kebaya (Cirgaro X Mawar Rashid). 

e. Baju Kurung Moden Peplum (Cirgaro X Mawar Rashid). 

f. Baju Kurung Moden Kanak-kanak) 

g. Jubah King 

h. Jubah Marhaen Version 

i. Jubah Prince (Jubah untuk kanak-kanak).  

Oleh kerana demikian, bagi para peminat fesyen tanah air yang tidak sempat lagi mendapatkan baju raya (atau tak sempat beli online). Boleh la datang ke Mood Republik KL Raya Fest yang akan berlansung pada hujung minggu ini. 

Ikuti perkembangan terkini kami di Mood Republik KL Raya Fest di instagram kami. 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Percuma Postage untuk setiap pembelian Baju Raya Cirgaro Apparel
Baju Raya 2017

Percuma Postage untuk setiap pembelian Baju Raya Cirgaro Apparel

Di musim perayaan ini untuk semua pembelian busana Cirgaro Apparel (atas RM100), pihak kami akan menanggung 100% kos Pos Laju ke seluruh negara.  Promosi ini dibuat bagi menghargai para pelanggan ...

Read more
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cirgaro Apparel
Baju Kurung Kebaya

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cirgaro Apparel

Gambar Kurta Lelaki - Ayah dan Anak yang sedondon.  Hampir 2 minggu kami tidak update blog. Rindu sangat nak menulis hehe. Salah satu sebabnya adalah kami mengambil cuti rehat yang panjang sempe...

Read more