Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu

Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu

Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu

Pada 9 April 2017 yang lalu bertempat di Kompleks Kraftangan , Jalan Conlay Kuala Lumpur telah berlansung saringan peringkat pertama PWM 2017. Sebanyak 30 orang peserta hadir dalam sesi pertama dan sesi kedua.

Peserta Pencarian Wanita Melayu 2017

Gambar sebahagian peserta-peserta saringan peringkat pertama tempoh hari. 

FYI Pencarian Wanita Melayu (PWM) merupakan tahun ke 4 penganjuran yang dianjurkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Plaza Shah Alam. PWM ini merupakan salah satu acara penting dalam calendar Plaza Shah Alam sebeluim memasuki Bulan Ramadhan. Turut menaja PWM pada tahun ini dan tahun2 sebelumnya adalah Habib Jewels dan ICE Watch.

Cirgaro Queen

Gambar Lady Boss kami sewaktu memperkenalkan diri. Sebetulnya kami agak confius sama ada beliau nak menjadi juri atau masuk bertanding. 

Kebetulan Cirgaro Apparel yang baru membuka butik mereka di Plaza Shah Alam, telah menjemput Lady Boss kami @hana_elwena dalam menjadi salah satu juri / hakim professional dalam saringan peringkat pertama dan kedua. Pihak Cirgaro Apparel juga menjadi rakan teknikal Plaza Shah Alam dalam penganjuran PWM tahun ini.

>> Ikuti coverage PWM 2017 di Instagram dan Facebook kami. Klik sini.

Juri in action dalam PWM 2017

Gambar Juri yang paling garang time tue. 

Tapi pada peringkat awal. Ramai beranggapan bahawa PWM merupakan event yang klise. Tetapi sebelum “menghakimi by its cover” pemilihan para peserta adalah agak ketat. Bukan semua individu yang menghantar borang penyertaan diterima utk menjadi peserta dalam saringan peringkat pertama atau peringkat kedua.

Sesi soal jawab PWM 2017

Gambar sesi soal jawab peserta dan juri 

Pihak penganjur juga menegaskan PWM bukan berbentuk beauty pageant (pertandingan ratu cantik – mana boleh buat kat Malaysia sekarang nie terutama membabitkan wanita Melayu Islam). Peserta-perserta dipillih berdasarkan kemahiran-kemahiran lain seperti berperwatakan menarik , komunikasi , kemahiran menjahit dan memasak (elemen kendiri yang penting dalam budaya Melayu).

PWM 2017

Pada para pembaca yang membaca artikel ini sebelum 16.04.2017. Anda masih berkesempatan (baca anda sebagai wanita Melayu tulen hehe). Layari link facebook Plaza Shah Alam utk mengetahui syarat2 penting dan juga untuk memperolehi borang penyertaan.

Selepas daripada peringkat saringan peringat pertama dan kedua. Terdapat juga pusingan separuh akhir dan akhir. Hanya 30 orang peserta akan dipilih dalam peringkat separuh akhir manakala 10 orang sahaja akan dilpilih untuk peringkat akhir.

Hadiah pula untuk tempat pertama adalah wang tunai sebanyak RM3,000 & Hadiah Barang Kemas dari Habib Jewels & Pakej pelancongan , Tempat yang kedua pula hadiah wang tunai RM 2,000 & Hadiah Barang Kemas dari Habib Jewels & Pakej Pelancongan dan tempat terakhir – Tempat Ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 & Hadiah Barang Kemas Habib Jewels & Pakej Pelancongan.

PWM 2017

PWM 2017 - Bukan Pertandingan Ratu Cantik 

Penganjuran PWM 2017 juga menekankan bahawa PWM 2017 merupakan usaha secara lansung pihak Plaza Shah Alam dalam memertabatkan wanita Melayu dengan meraikan dan memlih dikalangan yang terbaik sebagai IKON WANITA MELAYU 2017.

Adakah anda salah satu Wanita Melayu Terbaik 2017 ?

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Sejarah Butik Baru Cirgaro Apparel

Sejarah Butik Baru Cirgaro Apparel

Secara umum mengetahui Cirgaro Apparel mempunyai "online presence" yang kukuh melalui website , facebook dan instagram kami dan setiap bulan akan menyertai tour fashion event seperti Mood Republik ...

Read more
Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.
Baju Raya

Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.

Tidak kita nafikan Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal merupakan bulan2 yang penting dalam calendar masyarakat Melayu. Ianya mempunyai nostalgia yang mendalam untuk setiap orang tidak kira kanak2 hingg...

Read more