Sejarah T-Shirt

Sejarah T-Shirt

T-shirt merupakan fesyen baju yang paling meluas dan paling popular di dunia. Tidak kira tua atau muda atau taraf dan darjat. T-shirt diterima dengan mudah oleh semua bangsa dimuka bumi ini. 
 

Tahukah anda, t shirt sebenarnya adalah kategori pakaian dalam innerware (baca singlet), ianya mula popular pada awal tahun 1900an apabila US Navy mengedarkan t-shirt sebagai pakaian dalam yang perlu dipakai apabila memakai uniform. 


Pada tahun 1950an selepas perang dunia kedua, veteran perang sering memakai t-shirt yang dahulunya hanya pakaian dalam innerware sebagai outerware bersama seluar slack atau jeans. 

Secara umum hanya 2 pattern t-shirt yang umum. Satu adalah round neck manakala yang kedua adalah v neck. 

Mengapakah ianya T-shirt menjadi popular ?

1. General purpose.

2. Murah dan senang dihasilkan.

3. Tidak panas dan senang dibasuh.

4. Boleh dicetak dengan pelbagai corak atau tulisan.

5. Tahan lama dan lasak. 

Kini t-shirt menjadi pakaian wajib didalam setiap wardrobe lelaki atau wanita. Untuk golongan kanak-kanak pula ianya menjadi pakaian wajib seharian. 

Ada juga yang mengatakan jersey bola sepak atau jersey sukan-sukan lain berasal daripada evolusi t-shirt. 

Jika pada zaman dahulu , t-shirt hanya plain berwarna putih. Evolusi T-shirt berkembang pesat dengan pengunaan material sintetik seperti microfibre atau campuran cotton dan polyester. Hiasan pada t-shirt pula tidak pernah berhenti. Apa sahaja yang diniatkan oleh pereka fesyen akan dizahirkan dicetakan t-shirt melalui pelbagai medium percetakan keatas t-shirt.  

Dah berjela-jela kami menulis sejarah t-shirt nie. Nantikan kemunculan keluarga baru Cirgaro. Cirgaro Street Ware. Stay tuned. 

 

 


Related Posts

Tags