Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Cirgaro Apparel bukan sekadar Kurta dan Jubah selepas ini.

Cirgaro Apparel bukan sekadar Kurta dan Jubah selepas ini.
leather product

Cirgaro Apparel bukan sekadar Kurta dan Jubah selepas ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan Cirgaro Apparel pastinya agak tertanya-tanya kenapa Cirgaro Apparel agak sunyi sejak 3 bulan yang lepas. Walaupun begitu , bagi yang mengikuti secara rapat mesti tahu kami bersama bersama organizer Lefest Tour telah tour Miri Sarawak dan Tawau Sabah.

Klik sini utk artikel Cirgaro Apparel ke Miri Sarawak.           

Klik sini untuk artikel Cirgaro Apparel ke Tawau Sabah.

Banyak pengalaman manis yang kami alami dalam tour Sabah dan Sarawak. Disamping berjumpa dengan para peminat brand Cirgaro , kami juga mendalami keperluan dan kehendak para pelanggan di Malaysia Timur (Sabah, Brunei dan Sarawak). 

Setelah berhempas pulas menaikan jenama Cirgaro Apparel selama dua tahun, CEO kami Encik Hafeez dan CFO (Puan Ilya) mengambil keputusan menjalankan 2 langkah besar jangka panjang untuk Cirgaro.

Langkah Pertama  - abg sulung kami tidak lagi buta IT  :

Menguatkan lagi online presence Cirgaro Vapestore. Cadangan yang tertangguh selama lebih 1 tahun ini akhirnya berjaya direalisasikan 2 bulan lepas. Untuk pengetahuan semua , Cirgaro Vapestore merupakan first business venture boss kami sejak dari 2012 lagil.

Mengunakan kepakaran dalam (in house team) Cirgaro Apparel, Cigaro Vapestore menerima suntikan online yang dimahu-mahukan oleh vape user di Malaysia dan juga beberapa customer vape Cirgaro Apparel di luar negara.

Kini, segalanya telah berjalan lancar , Cirgaro Vapestore bukan sahaja terkenal sebagai Vape Shop yang paling lama dan paling besar di Shah Alam (physical store), kini turut menawarkan kemudahan membeli belah atas talian / online e –commerce ke seluruh dunia untuk para pengguna vape.

Disebabkan usaha “meng-onlinekan” Cirgaro Vape Store, seluruh warga kerja Cirgaro Apparel bertungkus lumus selama 2 bulan membina website baru untuk Cirgaro Vape Store

. Benda yang paling leceh dan kompleks adalah menghasilkan katalog digital cecair vape liquid yang berjumlah hampir 1000 jenis. Ini tak termasuk MOD , tank dan aksesori-aksesori lain.  

Alhamdullilah berkat usaha secara berpasukan team Cirgaro , online order mula datang secara konsisten bukan sehaja dari dalam negara tetapi datang dari luar negara seperti Turki , Eropah , Singapura dan Australia.

Kalau tak vape jangan ngada2 click sini : www.cirgarovapestore.com

Langkah Kedua : Line up produk baru Cirgaro Apparel 2018 , bukan kosmetik , bukan makanan kesihatan.

cirgaro leather 2018

Dalam “GRAND ROADMAP Cirgaro” wujud beberapa line of product yang bakal diperkenalkan untuk para pelanggan setia Cirgaro. Di antara line of product yang telah dibuat kajian dan akan diperkenalkan kepada pasaran adalah Cirgaro Leather Collection.

Walaupun product kulit ini merupakan produk yang mencabar dan sangat jarang fashion brand yang lain ceburi , Tambahan lagi kalau kita tengok trend kat Malaysia nie , banyak brand fashion yang lebih suka menceburi bidang kosmetik sebagai salah satu sub brand mereka.

Team Cirgaro Apparel merasakan wujud peluang yang cerah dalam pasaran untuk Cirgaro Apparel memperkenalkan produk kulit mereka sendiri. Ala nak kata kami tiru roadmap Brand BONIA pun boleh lah. Hehehe.

Berbanding dengan produk baju dan busana yang sekarang ini seolah-olah wujud lambakan dan terlalu ramai persaingan di dalam pasaran, produk kulit ini dilihat kurang pesaing. Apa yang menarik - hasil dari kajian kami , produk kulit lebih dihargai oleh para pelanggan Cirgaro.

Seperti biasa pengenalan produk ini (Market Test) di mulakan secara berperingkat pada hujung tahun ini dan akan berterusan pada tahun hadapan.

Berikut merupakan gambar-gambar produk kulit yang dijual oleh kami. Ada diantara produk tersebut hanya dijual sewaktu event sahaja.

Lefest Tour Grand Finale MITC Melaka

Di event LeFest Tour Grand Finale Melaka yang lepas merupakan medan yang penting  dalam perkenalkan produk kulit Cirgaro. Untuk pengetahuan semua, di Lefest Tour kami tidak membawa “branding” Cirgaro tetapi mengunakan jenama Leather Factory Outlet sebagai vehicle (kenderaan) untuk kami menjual produk kulit seperti tali pinggang , beg duit (wallet) , purse , sling bag , key chain , clutch , backpack dan folio briefcase tanpa mengunakan tanda dagang CirgaroTM.

Untuk pengetahuan semua kesemua produk kulit yang dinyatakan diatas dijual pada harga borong dan mampu milik. Walaupun ditawarkan pada harga sebegitu rendah, faktor kualiti yang sinonim ngan Cirgaro tidak lansung dikompromi.

Sebagai contoh wallet kulit yang berkualiti premium ditawarkan pada harga RM150 banding RM300++ sama kualiti seperti Jenama terkenal – B**** (you know siapa hehehe).

Bukan itu sahaja , produk paling laris kami ialah sling bag kulit yang ditawarkan serendah RM50 sahaja. Alhamdullilah sambutan para pelanggan terutamanya golongan lelaki adalah sangat mengalakan dan mereka berpuas hati dengan kualiti dan harga produk-produk kulit baru ini.

Dah tengok VLOG #1 kami ? Jom layan kejab. 

Ohh lupa mengenai Lefestour Grand Finale MITC Melaka yang diadakan di Melaka International Trade Center pada 8 hingga 9 Disember 2017 merupakan acara yang terakhir untuk kalendar mereka untuk tahun 2017.

Event “Syurga Shopping” ini menghimpunkan lebih 100 usahawan tidak hanya datang dari semenanjung tetapi ada juga yang datang dari Sabah , Sarawak , dan Singapura.

Pelbagai barangan ditawarkan oleh usahawan-usahawan LeFEST seperti – jam tangan . baju lelaki dewasa, baju perempuan , baju kanak-kanak , produk kosmetik , set penjagaan kesihatan  

Pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna , Zumba , dan konsert artis-artis popular seperti Mawi dan Aiman Tino. Apa yang mengejutkan penampilan istimewa artis Indonesia yang yang sedang trending dengan lagu “Tak Tentuan” – Upiak turut hadir menghiburkan para pengunjung. 

Kemuncak kepada pelbagai acara yang dijalankan adalah Pertandingan Karaoke Akhir LeFest Tour yang menghimpunkan semua juara-juara LeFEST dari setiap jelajah negeri LeFEST.

Pertandingan yang bakal menyaksikan persaingan sengit ini, akan menyaksikan pemenang Juara Lefest Grand Finale ini akan membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000 berserta tajaan barangan hadiah yang disumbangkan oleh usahawan-usahawan yang menyertai LeFEST.

Tidak cukup dengan itu ,  pereka fesyen terkenal Azhar Zainal turut membuat pertunjukan fesyen (fashion show) yang menampilkan nama-nama besar supermodel seperti Nasha Aziz. Turut menghiasi runway show ini adalah CEO LeFEST sendiri Didi Alias.

Apa yang lebih mengagumkan adalah cabutan bertuah utama iaitu sebuah Perodua Alza turut dibuat pada hari terakhir Lefest Grand Finale MITC Melaka. Untuk pengetahuan semua , cabutan bertuah utama disertai oleh hampir 10,000 pengunjung yang datang ke tour-tour lefest sepanjang tahun 2017. Para pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM50 sahaja untuk mendapat borang penyertaan.

Buat pembaca blog dan para pelanggan Cirgaro Apparel , kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan ada yang terbaik kepada kami.

Nantikan kemunculan produk baru kami yang pastinya paling trending dan berkualiti pada tahun 2018.

Sementara itu saya jemput ke ruangan leather produk kami di sini. 

 cirgaro blog writer

 

 

 

 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Fesyen vs Trend untuk dunia fesyen di Malaysia - Dari perspektif kami.
4XL

Fesyen vs Trend untuk dunia fesyen di Malaysia - Dari perspektif kami.

Seringkali kita mengunakan perkataan fesyen dan trend apabila mengaitkan “perubahan kosmetik” (fizikal luaran) sesuatu benda. Realiltinya fesyen dan trend mempunyai maksud yang berbeda. Namun salin...

Read more
kurta raya 2018
baju melayu

Trending Baju Melayu For Men This Coming Raya

We took three years to develop and produce our first Baju Melayu. You maybe asking why did that take such a long? Well, we were up on early mornings and late nights trying to figure out how to in...

Read more