Terus Mencari Wanita Melayu

Plaza Shah Alam, PWM2017, Wanita -

Terus Mencari Wanita Melayu

Petikan artikel Harian Metro 18 April 2017

Oleh : Ridzuan Abdul Rahman 

Pertandingan ratu cantik sering dilihat menjadi landasan terbaik buat wanita muda memburu impian Berjaya Berjaya dalam bidang seni mahupun cabang professional lain.

Tidak hairanlah pertandingan Pencarian Wanita Melayu (PWM 2017) diteruskan lagi buat ke 4 bagi mencari wanita Melayu yang Moden namun masih mendukung ciri-ciri wanita Melayu sejati.

Sebagai nilai tambah, program ini dimeriahkan dengan kemunculan pelakon Yasmin Hani Richardson yang akan tampil sebgai hos pentas separuh akhir pada 29 April dan pusingan akhir pada 6 Mei di Plaza Shah Alam.

Wakil penganjur, Azura Mokhtar berkata, pertandingan ini terbuka kepada wanita yang sudah berkhawin atau masih solo berusia 18 tahun hingga 30 tahun dengan saiz badan antara S dan M serta ketinggian minimum 160 cm.

“Fokus kami ialah mencari wanita Melayu moden yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki kesungguhan dan komitmen tinggi yang diperlihatkan sepanjang pertandingan nanti.

“Kami akan mengambil markah dari segi komunikasi dan pelbagai aspek lagi termasuk kebolehan memasak dan menjahit” katanya.

Menurutnya , mereka yang pernah menajdi peserta mempunyai kelebihan untuk jangka masa panjang dan lebih yakin diri.

“Ada di antara mereka yang sudah bekerja dan tidak kurang juga masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

“Jadi inilah peluang terbaik buat mereka mencacri arah untuk masa depan. Banyak peluangyang meraka dapat antaranya mengayakan pakaian rekaan fesyen terkenal dan menceburi bidang seni” katanya.

“Saya sudah biasa mengacara pelbagai acara tetapi untu pertandingan sebegini, ini adalah yang pertama. Boleh dikatakan sambil mengacara saya dapat belajar adat resem masyarat Melayu.

“Program sebebgini juga bagus kerana dapat melahirkan wajab baru yang segar dalam apa juga bidang” katanya

Pencarian Wanita Melayu kali ini tampil dalam skala yang lebih besar dan meriah. Peserta yang menghantar borang secara online disaring awal dan hanya memenuhi kriteria sahaja di panggil ke sesi uji bakat.

Hampir 1,000 penyertaan online diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlansung di Kompleks Kraf Malaysia dan Plaza Shah Alam. Juri terdiri daripada Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Hana Elwena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan wakil daripada Kompleks Kraf Malaysia.

Klik sini untuk artikel asal Harian Metro 


Related Posts

Tags