Rahsia Trend Fesyen Lelaki Terkini Yang Anda Perlu Tahu.

Kurta Denim | Kemeja Denim 2018

Percaya atau tidak , fesyen tempatan lelaki yang menampilkan imej ketimuran masih lagi tidak dijadikan “everyday wear” dikalangan golongan lelaki seperti golongan wanita yang kita nampak menerima berbaju kurung sebagai salah satu everyday wear mereka.

Adakah anda mahu mengetahui diantara rahsia ketrampilan trend lelaki untuk tahun 2018 ini ? Bayangkan imej anda selalu dipandang kemas, sharp dan menarik setiap kali berhadapan dengan orang ramai ?

Mari kita lihat senario ini , anda pagi-pagi bersiap-siap merapikan rambut anda dengan pomade , pakai jam G-shock hitam Anniversary Editon dan disudahi dengan jeans levi's evergreen serta adidas nmd.

Kurta Lelaki Pink Belacan

[Terbaru] Kurta Lelaki Moden 

Bila nak keluar dari bilik , anda tengok cermin last sekali , sedih !! anda masih pakai t-shirt round neck yang lusuh. Dari atas sampai bawah - dah habis limited edition produk anda pakai untuk menampilkan imej sofistiked , minimalist yang anda mahu. Tapi masih tidak lengkap.

Bila part baju , failed !! Kadang-kadang kita terlupa baju yang kita pakai memberikan markah yang sangat besar dalam ketrampilan kita. Bukan kita sebagai golongan lelaki moden tak pernah mencuba eksperimen dengan busana baru tapi kita sebagai lelaki seringkali untuk mengelak untuk boria pakai baju sama macam lelaki lain.

Anda pernah kan macam nie - Asyik-asyik t-shirt round neck. Asyik-asyik t-shirt berkolar polo hackett , asyik-asyik jersey bola favourite anda, dan ada yang lagi teruk masih repeat jerset fbt sukan sea kuala lumpur.

Tetapi anda masih bernasib baik jika anda membaca artikel ini. Solusi untuk anda menjadi rare tanpa mendatangkan “negative value” ada disini. Jom teruskan membaca.

Kurta Lelaki Lengan Pendek


Pertama sekali, fesyen dan trend lelaki adalah slow banyak berbanding dengan fesyen dan trend untuk wanita. Ini disebabkan golongan wanita lebih dan selalunya terlebih memberi perhatian terhadap #ootd mereka seharian.

Kes-kes isteri lambat bersiap sehinggakan sang suami dah siap mandi pakai baju , start kereta , keluar rumah , siap sarapan di kedai , kembali semula ke rumah DAN SI ISTERI MASIH TIDAK SIAP merupakan fenomena biasa. Malah kebanyakan kes – sang suami kena melayan rungutan si isteri menyalahkan tudung yang tak bagus sebab lambat bersiap.

Disebabkan itu , golongan wanita memang menjadi lebih aktif dalam mencari fesyen terkini untuk mereka dan mereka akan lebih cepat mengikut arus trend terkini.

Kini dengan kehadiran pelbagai jenama fesyen yang lebih fokus terhadap golongan lelaki membuatkan golongan lelaki lebih banyak pilihan. Walaupun banyak jenama-jenama antarabangsa telah lama wujud di Malaysia, ianya sebenarnya tidak menawarkan imej ketimuran.

Percaya atau tidak , fesyen tempatan lelaki yang menampilkan imej ketimuran masih lagi tidak dijadikan “everyday wear” dikalangan golongan lelaki seperti golongan wanita yang kita nampak menerima berbaju kurung sebagai salah satu everyday wear mereka.

Secara umum mengetahui bahawa , gologan lelaki terutamanya lelaki masyarakat melayu sangat kurang mengadaptasikan pakaian etnik dalam pakaian harian mereka. Pakaian tradisi hanya dipakai sewaktu hari raya , sewaktu majlis perkhawinan , ke pejabat hari jumaat atau urusan-urasan rasmi yang lain.

Wujud pertanyaan besar “takkan nak pakai baju melayu hari2 kot ?” Dan jika ditanya , Memang ramai golongan lelaki mahukan pakaian yang melambangkan ciri-ciri ketimuran menjadi pilihan pakaian harian mereka.

Pendapat peribadi saya , kita perlu berbaju melayu lengkap sama seperti orang zaman dahulu. Tetapi banyak faktor yang menghalang supaya idea ini dapat dipraktikalkan dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh, ciri-ciri penting untuk sesuatu pakaian tersebut menjadi pakaian harian ialah :

  • Mudah dipakai tanpa memerlukan orang lain menolongnya. (berapa ramai boleh pakai sampin sendiri? Hehe).
  • Tiada aksesori tambahan seperti butang baju melayu yang kerap hilang apabila kita nak pakai. 
  • Boleh dipadangkan dengan seluar lain contohnya jeans , slack , atau jogger pants walaupun tak sedondon.
  • Bersifat universal. Sesuai untuk digayakan di mana-mana majlis. 

Disebabkan itu , wujud ruang yang besar keperluan golongan lelaki untuk berpakaian berciri-cirikan ketimuran sedikit dengan digabungkan dengan elemen moden.

Jenama Cirgaro Apparel sebenarnya wujud hasil daripada keperluan di atas . Dalam rekaan-rekaan busana mereka dan setiap busana pakaian lelaki yang Cirgaro Apparel keluarkan mestilah berciri-cirikan elemen ketimuran yang digabungkan dengan ciri-ciri moden.

kurta denim 2018

Kali ini Cirgaro Apparel memperkenalkan kesinambungan koleksi kurta mereka yang ke-10 (dalam jangkamasa tak sampai 2 tahun) iaitu Kurta Denim Version 2 atau Kemeja Denim. (bagi mengelakan salah faham).

Fesyen berkurta sememangnya agak baru dikalangan golongan lelaki manakala Kemeja sudah lama. Untuk mengelakan salah faham , Kurta Denim Version 2 yang terkini ini di klasifikasi kan sebagai Kemeja Denim supaya ianya dapat diterima oleh semua kaum dan bersifat global dan universal. 

Sebenarnya evolusi fesyen lelaki (oleh Cirgaro Apparel) sering menjadi benchmark (standard) dimana Cirgaro merupakan jenama fesyen yang pertama yang menghasil kurta pendek untuk disesuaikan oleh pasaran Malaysia dan kini keluaran terkini kami meletakkan aras yang tersendiri dalam rekaan kurta dan kemeja yang disesuaikan dengan citarasa Malaysia.

Kurta Lelaki Hitam

[Terbaru] Kurta Lelaki warna hitam untuk Ramadhan dan Syawal 2019


Kembali kepada Kemaja Denim 2018 terkini. Fabrik denim ini adalah di import khas dari luar negara telah digunakan. Kelebihan fabrik ini adalah : 

  • Pre – Wash Fabric – Bermaksud pengeluar fabrik telah melakukan proses istimewa supaya warna fabrik denim ini tidak luntur sewaktu basuhan seperti fabrik denim yang lain diluar sana. 
  • High Rich Cotton Content – Tidak seperti kebanyak fabrik moden , yang mempunyai kandungan polyester melebihi daripada kandungan cotton (kapas). Fabrik Denim ini merupakan fabrik denim yang mempunyai kandungan cotton melebihi 83% dalam fabrik tersebut. 
  • Special Soft Feel – Membuatkan si pemakai terasa comfy dalam pemakaian. Kami menjamin fabrik kami tidak gatal-gatal dan berbulu akibat pengunaan fabrik ini walaupun setiap hari. 
  • Highly Breathable – Fabrik Denim ini merupakan fabrik denim yang dibuat khas untuk kegunaan kemeja. Ianya tidak tebal seperti fabrik denim untuk seluar jeans.
  • 6 Denim Major Colours – Kesemua warna yang ditawarkan dalam Koleksi Kemeja Denim ini adalah warna utama yang menarik dan menjadi pilihan orang ramai. Ianya juga mudah digayakan dengan jeans sedia ada anda ! 
Berkata mengenai rekaan pattern Kemeja Denim 2018 ini pula , kami mengabungkan element timur dengan moden seperti 
  • Mandarin Kolar Style. 
  • Clip On Button utk kolar.
  • Reverse Fabrik Style untuk bahagian dalam kolar.
  • Butang baju moden empat segi mengikut warna fabrik.

Berbeza dengan keluaran denim pada tahun lepas, Kemeja Denim 2018 hadir dalam saiz S hingga XXXL dalam potongan Regular Fit. Potongan regular fit ini menyebabkan semua jenis bentuk badan boleh memakai Kemeja Denim 2018 ini dengan selesa.



Kemeja Denim 2018 adalah berlengan pendek setelah banyak cadangan dari peminat setia Cirgaro Apparel mahukan lengan pendek pula supaya tampil nampak lebih casual. Berlengan pendek juga membuatkan pemakai Kemeja Denim 2018 Cirgaro Apparel tampil nampak bergaya aktif.

Untuk pengetahuan para pembaca , Kemeja Denim 2018 adalah couple set ready. Akan hadir pasangan kemeja perempuan yang warna sedondon pada bulan hadapan.

Dapatkan segera koleksi Kemeja Kurta Denim 2018 yang berharga RM135 sehelai. Update terkini sekarang sedang SALE !! Click link nie 

Kemeja Denim 2018 boleh didapati di Butik kami di Plaza Shah Alam , Seksyen 9 , Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. 

Klik disini untuk melihat Koleksi Kemeja Denim 2018 

baju melayu teluk belanga johor

Jom kita lihat koleksi baru untuk tahun ini 


cirgaro blogger









 

2 comments

Fuhhh merecikkk ni kalau bagi abang ke abah ke adik lelaki pakai kurta mcm ni

Nisa Kay November 15, 2017

Akak percaya lelaki sekarang sudah semakin pandai bergaya dalam pemilihan pakaian

Kakmahh November 15, 2017

Leave a comment

All comments are moderated before being published

Shop now

You can use this element to add a quote, content...