Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Seluar Slack Lelaki CGO Cotton

Seluar Slack Lelaki CGO Cotton

Seluar merupakan komponen penting dalam kelengkapan pakaian untuk seseorang lelaki. Rata-rata lelaki memiliki seluar “jeans” dan “slack” mengikut keperluan harian mereka.

Dalam hal seluar “jeans” atau seluar “slack” kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekuranganya tersendiri.

Seluar Jeans.

Dipopularkan dalam budaya dari America Syarikat yang asalnya digunakan oleh pelombong-pelombong menjadi seluar yang paling popular diseluruh dunia dan di Malaysia. Popularitinya berpunca daripada kelebihan-kelebihan seluar “jeans” seperti dibawah :

  1. Tahan lasak – mengunakan fabrik cotton yang tebal dan jahitan yang diperkukuhkan. Ianya tidak senang koyak dan tahan lama sehinggakan bertahun-tahun.
  2. Praktikal – Memiliki poket seluar yang banyak dan budaya di Malaysia serta diserata dunia menerima pemakaian seluar jeans dalam urusan tidak formal.
  3. Murah dan senang didapati dimana-mana – disebabkan seluar jeans popular dan mempunyai permintaan yang tinggi , ramai pengeluar pakaian menjahit jeans dan memasarkanya di pasaran terbuka.
  4. Sangat digemari oleh golongan muda.

Manakala seluar slack pula merupakan seluar kurang sedikit popular berbanding dengan seluar jeans tetapi diterima oleh segala lapisan masyarakat. Berikut merupakan ciri-ciri kelebihan seluar slack

  1. Lebih kemas dimana pengunaan fabrik yang dilebih gelap dan fesyen seluar slack ini lebih formal.
  2. Merupakan seluar yang diterima sebagai pakaian formal untuk ke pejabat dan majlis rasmi berbanding seluar jeans yang dianggap pakaian tidak formal dan lebih santai.
  3. Lebih ringan dan selesa dipakai berbanding seluar jeans.

*terdapat juga seluar yang turut popular tetapi kita tidak sentuh didalam artikel ini, iaitu seluar khakis / chinois yang mana jahitan dan reka bentuk hampir sama (gabungan)  diantara dengan seluar jeans dan seluar slack.

Walaubagaimanapun, seluar-seluar yang disebut diatas terdedah dengan perkembangan fesyen semasa sebagai contoh pada era 60 an ianya dikenali sebagai seluar yankee manakala pada era 90s ianya dikenali sebagai seluar bell bottom.

Kini di Cirgaro Apparel (CGO Cotton nama baru) menawarkan seluar keluaran sendiri yang dikenali sebagai seluar Seluar Nanorism Eco Pants.

Seluar Nanorisme Eco Pants ini merupakan hasil penyelidikan dan juga permintaan pelanggan Cirgaro Apparel yang mahukan seluar untuk dipadankan dengan kurta-kurta keluaran CGO Cotton.

Setelah pembangunan dan penyelidikan yang sekian lama, maka terhasilah Seluar Nanorism yang mementingkan :

  1. Keselesaan
  2. Serba Guna
  3. Ketahanan
  4. Gaya Semasa.

1. Keselesaan. 

Seluar Nanorism ini dibuat mengunakan fabrik yang “stretchable” yang boleh regang bagi memastikan pergerakan si pemakai kekal selesa walau apa pun aktiviti yang dibuat.

2. Serba Guna. 

Seluar ini direka supaya pemakainya boleh mengunakan seluar nanorism ini tidak mengira apa majlis sama ada formal atau tidak formal. Di datangkan dalam 3 corak warna yang gelap. Tidak kira apa pun baju yang dipakai, pastinya seluar nanorism ini boleh digayakan bersama. 

3. Ketahanan. 

Seluar ini mengunakan zip YKK Japan yang pastinya lancar digunakan setiap masa. Disamping itu kualiti jahitan juga dijaga supaya seluar ini tidak senang goyak.

4.Gaya Semasa.

Seluar Nanorism dijahit mengikut cutting terkini iaitu “tapered” dimana dari bahagian lutut ke bawah dikecilkan dari seluar cutting biasa untuk mendapatkan penampilan yang lebih tinggi dan kurus. Cubalah Seluar Nanorism pastinya anda akan tertawan.

Disamping itu , fabrik yang digunakan untuk Seluar Nanorism ini sebahagianya mengunakan bahan kitar semula sebanyak 18% peratus. Ini komitmen syarikat kami untuk menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.

Bercakap mengenai fabrik yang digunakan untuk Seluar Nanorism, walaupun sebahagianya mengunakan bahan kitar semula (18% peratus) baki 82% peratus adalah mengunakan fabrik kapas (cotton) yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  1. Boleh regang
  2. Breathable (Boleh bernafas).
  3. Selesa tidak kira cuaca.

Untuk pengetahuan semua, Seluar Nanorism didatangkan bermula saiz pinggang 28 " hingga 44". Sila rujuk link dibawah untuk melihat size chart yang disediakan. 

Disebabkan itu, Anda (samaada pernah menjadi pelanggan Cirgaro atau tidak) perlu membeli Seluar Nanorism. Anda pastinya akan berpuas hati.

>> Click sini untuk melihat & membeli Seluar Nanorism Smart Pants. 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

BAJU SEDONDON COUPLE SET ATAU FAMILY SET SAMA WARNA
Baju Raya Sedondon

BAJU SEDONDON COUPLE SET ATAU FAMILY SET SAMA WARNA

Tercari-cari set baju sedondon ? Sama ada untuk tema majlis kenduri khawin , dulang boys / dulang girls atau tema sendiri ? Di Cirgaro Apparel mempunyai banyak pilihan warna sedondon ayah dan anak ...

Read more