Skip to content

Cart

Your cart is empty

Our Boutique

top quality kurta in shah alam

Butik Cirgaro Apparel telah beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2017. Butik kami terletak di Plaza Shah Alam / Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam bertempat di Tingkat 1 dan 2 dan beroperasi  setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. 

Semua produk busana Cirgaro Apparel seperti Baju Melayu , Kurta , Jubah Lelaki , Baju Kurung Moden , dan Blouse dipamerkan dan ditawarkan disini.  

Plaza Shah Alam Seksyen 9 merupakan lokasi yang strategik untuk membeli-belah. Terletak bersebelahan dengan Concorde Hotel Shah Alam serta dikelilingi oleh kawasan pusat bandar Seksyen 9.

Plaza Shah Alam juga senang dihubungi oleh jalan raya utama (Persiaran Kayangan dan Persiaran Masjid). Rujuk gambar dibawah. 

How to go to Cirgaro Boutique

Suasana Plaza Shah Alam sememangnya cukup selesa, dilengkapi dengan kemudahan parking yang mencukupi, kawalan keselamatan , OKU friendly dan kemudahan lif untuk setiap tingkat.  

Pusat membeli belah ini mempunyai 4 tingkat yang berkonsepkan family shopping yang mengabungkan 4 elemen penting iaitu Fashion , Food and Baverages ,  Lifestyle dan Beauty dibawah satu bumbung. 

Butik Baju Kurung Moden Wanita di Plaza Shah Alam

Beberapa jenama antarabangsa dan tempatan seperti Starbucks ,Taco Bell , Watson , Habib Jewels , Ice Watch , Pandora , Kedai Cermin Mata MOG , Focus Point , Pets Wonderland Pasaraya Merceraia dan banyak lagi menawarkan kepelbagaian serta pilihan untuk membeli belah. 

>> Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Plaza Shah Alam di website rasmi mereka. 

Disamping itu di Plaza Shah Alam juga mempunyai menara pejabat 20 tingkat yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pendaftaran Negara , Jabatan Perangkaan , Jabatan Pemetaan Negara  , Hwang DBS Security , Aeon Credit dan banyak

Plaza Shah Alam

Plaza Shah Alam Seksyen 9 Shah Alam 

Untuk pengetahuan semua , Butik kami menyediakan kemudahan pembayaran melalui Kad Kredit/Debit/Visa atau Mastercard. Terdapat banyak pilihan baju yang bakal membuatkan anda rambang mata!

Anda dijemput datang untuk mencuba dan merasai pengalaman membeli belah di Butik Cirgaro™. Bak kata orang "Cuba dulu , dah berkenan baru beli". Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman pakaian kami bersama rakan-rakan anda yang lain!

Ikuti perkembangan kami di laman rasmi Instagram dan Facebook page rasmi Cirgaro™ Apparel.

Google lokasi Butik Cirgaro disini.