Skip to content

Cart

Your cart is empty

About Us

Cirgaro™ telah menceburi bidang "modest fashion" sejak Januari 2016. Pada peringkat awal, produk busana Cirgaro Apparel hanya dipasarkan secara online ke seluruh negara. 

Kedai Kurta Lelaki Shah Alam  

Butik Cirgaro Apparel di Tingkat 1 Shah Alam 

Butik Baju Kurung Shah Alam

Butik kedua Cirgaro Apparel di Tingkat 2 Plaza Shah Alam. 

Alhamdullilah atas sambutan yang sangat mengalakan, Butik Cirgaro™ Apparel mula di buka pada 2017 bertempat di Tingkat 1 Plaza Shah Alam, Seksyen 9 sehingga kini. 

*Pada tahun 2020, butik kedua telah dibuka di tingkat 2 plaza Shah Alam untuk menampung permintaan baju kurung perempuan. 

>> Klik sini untuk melihat lokasi Butik kami di Plaza Shah Alam. (Google Map). 

>> Klik sini untuk mengetahui kedai-kedai lain di Plaza Shah Alam. 

Cirgaro™ telah mendapat sambutan dari ribuan pengemar fesyen di seluruh Malaysia , Singapura, Brunei , Indonesia dan Australia. Para pengemar fesyen masih lagi tidak henti mencari kebanyakkan design kami yang telah dikeluarkan sejak dari pembukaan butik kami.

Setelah hampir bertahun-tahun berkecimpung secara aktif di dalam bidang fesyen ini, banyak ilmu yang kami dapat belajar untuk menambah baik proses jahitan dan rekaan busana keluaran kami. 

Kami komited dengan RnD berterusan akan menghasilkan produk yang bukan hanya "claim kosong berkualiti dan trending" tetapi sememangnya menjadi "household brand" yang sinonim dengan pengemar modest fashion di Malaysia.  

Cirgaro Apparel akan berterusan menghasilkan rekaan baju yang menepati citarasa anda. Tiada guna menghasilkan rekaan baru tanpa mengambil kira keperluan anda sebagai penguna.

Terkini kami menawarkan pelbagai busana dan pakaian seperti , kurta lelaki dewasa & kanak-kanak, baju kurung dewasa & kanak-kanak, jubah lelaki dan wanita , seluar , kain pelikat , sampin , songkok, tudung dan baju melayu teluk belanga dan cekak musang.

Terdapat lebih 200 warna yang ditawarkan oleh Cirgaro Apparel yang bermula saiz kanak-kanak 2 tahun hinggalah saiz dewasa 4XL. 

Harapan pada masa akan datang kami dapat menghasil produk pakaian yang menepati citrasa penguna dan akan terus mendapat sambutan hangat dari semua pengguna dan pengemar fesyen di serata negeri di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Terima kasih di atas sokongan anda semua , teruskan menyokong industri fesyen negara!

- Team Cirgaro Apparel