Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Baju Kurung Moden Cirgaro™ – Sempena Hari Raya Aidiladha

Baju Kurung Moden Cirgaro™  – Sempena Hari Raya Aidiladha
Baju Kurung Moden

Baju Kurung Moden Cirgaro™ – Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidilfitri dah berlalu. Now counting days for Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dgn nama Hari Raya Haji. Golongan wanita ni, setiap kali hari raya, x kira la hari raya apa pun mesti nak baju baru kan!

Oleh itu berita baik bersempena dengan Hari Raya Haji yang bakal menjelma, Cirgaro™ akan mengeluarkan Koleksi Baju Kurung Moden Cirgaro™ yang sangat minimalist, praktikal dan terkini. Ada 5 variant warna yang pastinya letop dan hot untuk korang bergaya di Hari Raya Qurban nanti.

Buat masa sekarang (ketika artikel ini ditulis) Koleksi Baju Kurung Moden Cirgaro™ masih dalam proses pembikinan (Production Stage). Namun, kami tak sabar nak announce antara warna-warna HOT yang bakal menemui korang. Antaranya pilihan warna hot yang sentiasa menjadi pilihan utama wanita masakini ialah:

  1. Dusty Pink
  2. Hot Maroon
  3. Olive Green
  4. Majestic Blue
  5. Pastel Grey

 Pilihan warna-warna yang menarik kan!

Kenapa Baju Kurung Moden menjadi pilihan Cirgaro™? Kami dah buat research, and yes, kami akan pastikan korang tak akan pakai baju raya ni sekali je, malahan boleh buat pergi kerja, pergi kenduri kahwin, jadi dulang girls, attend kenduri tahlil, majlis ilmu dan sebagainya. Orang cakap multi-purpose and value for money.  Harga yang akan ditawarkan sangat berbaloi-baloi. Insyallah design yang akan keluar nanti akan dihiasi dengan detailings/beadings/diamond/3Dflowerr yang sangat menarik, terkini dan kualiti material yang pastinya tiptop! Dari sudut design pula, kami touch-up kan dengan piping di hujung bawah baju supaya nampak tona warna yang berlainan, lebih menarik dan tak terlalu plain.

Baju Kurung Moden Cirgaro 2018

Cantik kan! Minimalist yet stylish. Bagi korang teaser dulu. Full catalog nanti kami akan update soon!

Baju Kurung Moden Cirgaro™ menggunakan fabrik cotton premium dari Korea. Fabrik ini sangat senang untuk digosok, selesa (breathable) dan tak mudah renyuk. Cirgaro™ seperti biasa lebih menekankan aspek jahitan yang premium, pendek kata apabila pakai tu korang akan rasa macam pakai baju yang ditempah khas untuk korang. Best kan Baju Kurung Moden ni?

Nak couple set? Jangan risau, kami pun ada Koleksi Kurta Moden Cirgaro™ untuk Hari Raya Haji yang akan dipadankan dengan Baju Kurung Moden Cirgaro™  ini. Boleh la korang matchy-matchy di Hari Raya Aidiladha nanti! Walaupun sesetengah orang rasa tak perlu baju raya untuk Hari Raya Aidiladha tapi kalau korang tetiba pakai baju baru seolah-olah di Hari Raya Aidilfitri pastinya ramai yang akan terpersona kan. Seronoknya haihh kerlas kau Jah!

Di samping variant warna, Baju Kurung Moden Cirgaro™  ini mempunyai pelbagai size bermula daripada XS sehingga XXL. So kepada sesiapa yang berbadan kecil, sederhana mahupun ‘gebu-gebas’ korang tak perlu risau sizing variant nanti. Just korang kena alert if let say certain size akan cepat habis sewaktu launch nanti sebab dah ramai yang dah tertanya-tanya Koleksi Baju Kurung Moden Cirgaro™ ini. Try grab cecepat ok.

Baju Kurung Moden Cirgaro™ ni juga adalah bersifat Wudhu friendly sebab ada zip di tersembunyi di bahagian hujung lengan. Jadi kalau dah bersiap tiba-tiba lupa nak ambil wudhu’ untuk solat Hari Raya Aidiladha nanti tak perlu risau nak singsing lengan. Nak basuh pinggan pun sonang.

Jadi jangan lupa nantikan keluaran terbaru Koleksi Baju Kurung Moden Cirgaro™ sempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka menembusi pasaran online dan offline pada bulan Ogos ini. Nak dekat sangat-sangat dah. Kami pun tak sabar nak reveal. Jangan lupa ikuti perkembangan kami di Facebook, Instagram dan Website Cirgaro™.

Klik di sini untuk link ke Facebook Cirgaro™

Klik di sini untuk link ke Instagram Cirgaro™

Klik di sini untuk link ke Website Cirgaro™

Nak tau harga dan koleksi terbaru Baju Kurung Moden Cirgaro™ ini, stay tune untuk next post ok! 

cirgaro blog writer

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

baju kurung moden online
Baju Kebaya Moden

Evolusi Baju Kurung Wanita Dari Dahulu Sehingga Kini

Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden  tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagi...

Read more
Kurta 2018 Teluk Belanga Paling Cantik Bakal Dilancarkan.
kurta

Kurta 2018 Teluk Belanga Paling Cantik Bakal Dilancarkan.

Gabungan rekaan kurta moden dan teluk belanga tradisional bakal diserlahkan dalam Kurta terkini kami iaitu Kurta Teluk Belanga 2018. Hadir dalam 10 warna moden yang pastinya akan menawan hati and...

Read more