Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Evolusi Baju Kurung Wanita Dari Dahulu Sehingga Kini

baju kurung moden online
Baju Kebaya Moden

Evolusi Baju Kurung Wanita Dari Dahulu Sehingga Kini

Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden  tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju.

Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Baju kurung sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi.

Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya

baju kurung moden

Baju kurung moden Murah

>> Baju Kurung Moden Blossom Series bermula dari RM129

Pakaian orang melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses inovasi dan evolusi. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri,malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang China, India, Arab dan Eropah.

Baju Kurung Cotton Ready Stock Plaza Shah Alam

Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka  rupa serta indah dan unik. Pakaian wanita yang masih popular hingga kini baju kurung moden, baju kebaya moden dan sebagainya.

BAJU KURUNG MODEN

Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Ianya kelihatan lebih moden dan diberi pelbagai sentuhan bagi menyuntik kelainan namun ia seiring dengan perkembangan zaman.

Antara ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional ialah potongannya, fabrik yang pelbagai dan hias tambah untuk mencantikkan lagi baju.

Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden  tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. 

Evolusi dan Sejarah Baju Kurung

Sumber : https://www.pinterest.com/HangPC2/

Namun ciri -ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

Rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. Antara tambahan lain ialah ropol yang dijahit pada bahgian lengan, ropol pada bahagian hujung baju, lining, piping, bunga, renda, tambahan chiffon pada bahagian bawah baju dan sebagainya.

Kurung Moden Murah

 Baju kurung moden shah alam

 

BAJU KEBAYA MODEN

 Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas. Dewasa ini,baju kebaya juga turut dipadankan dengan seluar.

Baju kebaya moden juga telah mengalami evolusinya tersendiri. Disebabkan fesyen peplum menjadi pilihan ramai masakini, kebanyakan keluaran fesyen baju kebaya moden pada musim Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 telah dikenalpasti mengikut gaya potongan peplum. Baju kebaya peplum ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju memberikan penghasilan yang cukup menyerlah bagi pemakai. Kainnya pula diberi nafas baru potongan jenis duyung supaya pemakai tampak lebih langsing.

Baju kurung moden  XS - 2XL

Walaupun baju kurung telah mengalami proses evolusi dan inovasi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Untuk peminat pakaian Baju Kurung Moden yang ingin tampak lebih ekslusif, Kurung Adalia Lacey merupakan busana pilihan tepat anda. (SOLD OUT) 

Kurung Adalia Lacey diperbuat Premium Cotton Lace yang lebih lembut, corak yang timbul seakan 3D dan lebih flowy. Terdapat bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai. Dihiasi pula dengan batu Kristal Swarovski yang dipilih khas  yang mempunyai ciri-ciri warna sama dengan motif lace bagi menaikkan kemewahan busana ini.

kurung cotton moden

Bahagian Skirt pula diperbuat daripada material premium moss crepe yang ‘strechable’ untuk si pemakai lebih selesa bergerak ke sana-sini. Kain potongan 8 panel memberi efek flowy yang optimum persis seorang puteri.

Terdapat saiz dari XS hingga XL, Kurung Adalia Lacey hadir dalam 5 warna yang menarik dan hot!

Rekaan Mini Kurung Camellia Luxe diadaptasi daripada pakaian tradisi masyarakat Melayu iaitu Baju Kurung. Walaupun terdapat elemen moden dalam rekaan Mini Kurung Camellia Luxe, tetapi busana ini masih lagi mengekalkan konsep asas baju kurung iaitu sopan, selesa dan ‘effortless’.

Bahagian baju Mini Kurung Camellia Luxe mempunyai potongan puteri (princess line) di bahagian hadapan dan belakang memberikan ilusi kurus dan ramping. Diperbuat daripada material brocade bermotif floral keemasan yang timbul “embossed golden lame lurex woven” untuk citarasa lebih mewah dan bergaya.

Terdapat bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai. Ditambah pula dengan jahitan ‘handmade’ 3D flower decorative detailing membuatkan busana ini lebih esklusif. Selain itu,

Mini Kurung Camellia Luxe merupakan kurung yang "Wudhu Friendly" iaitu mempunyai zip di lengan bagi memudahkan untuk mengambil wudhu.

baju kurung moden cotton

Bahagian skirt pula berbentuk potongan duyung yang disuntik di bahagian belakang yang diperbuat daripada fabrik Premium Korean Matte Satin Silk yang lebih tebal untuk kelihatan ‘flowy’. Skirt potongan seperti ini sebenarnya sesuai digayakan dengan semua bentuk badan. Si pemakai juga boleh mengenakannya untuk beberapa acara formal seperti hari raya, kenduri bahkan untuk pertunangan sekalipun.

Saiz bermula dari XS hingga XL, Mini Kurung Camellia Luxe hadir dalam 8 warna bold dan pastel. Boleh juga dipadankan dengan pilihan warna untuk pasangan lelaki dari rekaaan Kurta Teluk Belanga Klasik, Kurta Bangsawan dan Kurta Uno V3. Pasti bergaya di hari raya nanti!

Click sini untuk melihat Koleksi Mini Kurung Cammelia Luxe. 

buy kebaya batik online

Kebaya Batik Cirgaro

Kebaya Batik semakin dikenali dan disukai oleh semua peringkat masyarakat. Pelbagai trend dan evolusi kebaya batik dapat dilihat pada masakini.

Bahagian baju diperbuat daripada fabric polos Hybrita Korean Cotton yang bermutu tinggi dan memberi keselesaan yang optimum kepada pemakai.

Kebaya Batik Cirgaro merupakan rekaan yang menampilkan gaya terkini iaitu mengunakan fabrik terkini kami iaitu - fabrik cotton embossed yang pastinya akan si pemakai anggun dan selesa sepanjang hari. 

>> Klik sini untuk melihat koleksi terkini baju kurung moden Cirgaro Apparel. 

 Baju Kurung Moden Murah Shah Alam

Keunikan Peplum Rosetta adalah pada bahagian skirtnya yang bermotif seakan-akan bulu merak yang berbentuk 3D. Terdapat bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai.

Konsep rekaan kali ini mempertengahkan moden kontemporari dan masih lagi mengekalkan "signature" Cirgaro di mana klasik, ringkas, kualiti dan mampu milik. Peplum Rosetta juga mempunyai beberapa lipatan yang membentuk ‘curved’ di bahagian hadapan baju direka khas bagi keselesaan menikmati pelbagai juadah di hari raya nanti.

Didatangkan dengan 5 pilihan saiz (XS – XL) dan 4 pilihan warna yang boleh dipadankan dengan kurta moden cirgaro.

Peplum Alyssa Luxe adalah rekaan terbaru yang mampu memberikan sudut pandang yang berbeza kepada si pemakai. Walaupun bergaya tetapi masih mengekalkan kesopanan & keanggunan wanita melayu dalam menggayakan sesuatu fesyen.

Peplum Alyssa Luxe merupakan rekaan yang menampilkan gaya moden iaitu kain potongan duyung atau "mermaid" yang pasti tampak anggun dan lebih kurus. Peplum Alyssa Luxe juga mempunyai lipatan "box pleat" di bahagian hadapan yang mana sesuai dan sangat comel juga dipakai bagi wanita yang sedang hamil.

Selain itu Peplum Alyssa Luxe juga mempunyai jahitan ‘handmade’ 3D flower decorative detailing yang akan membuatkan busana ini lebih esklusif dan nampak ‘hidup’.

Kain potongan duyung pula diperbuat daripada fabrik istimewa yang diimport khas dari Jepun. Fabrik ini mempunyai benang-benang 3D seakan bulu-bulu yang tampak lebih menarik, mewah dan unik di hari raya. Terdapat bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai.

Sesuai untuk dinner, kenduri or any other event It's simple but very exclusive!

baju kurung moden paling trending

Kurung Queen Luxe

Baju kurung moden oleh Cirgaro Apparel ini lebih mengetengahkan rekaan sofistikated dengan dekorasi jahitan ‘handmade’ 3D flower decorative dan chunky beads detailing di bahagian lengan.

Potongan baju labuh hingga lutut menutupi pinggul dan potongan "kembang payung" bagi skirt memberikan gaya yang sopan dan elegant kepada si pemakai. Walaupun rekaan klasik menjadi tema utama, sentuhan moden minimalis tetap diberi. Secara jauh Kurung Queen Luxe tampil ringkas dan bergaya tanpa imej sarat.

 

Keistimewaan khas fabric Hybrita (seperti Queen Kebaya yang terdahulu) dikekalkan dan diperbaharui.  Kami tampil dengan rekaan fabrik khas dengan rekaan corak floral yang hanya nampak bila tengok dekat. Senang kata , dari jauh Nampak plain , dah dekat baru Nampak corak floral. Material ini sangat selesa dan lembut sehalus sutera.

Rekaan ini sesuai digayakan untuk pelbagai acara contohnya majlis perkahwinan,graduasi,perayaan malah turut sesuai digayakan untuk ke tempat kerja. Kurung Queen Luxe didatangkan dengan 5 saiz iaitu dari XS – XL dan 10 pilihan warna yang menarik.

Boleh dipadankan dengan Kurta King yang diperbuat daripada bahan dan warna yang sama namun Kurta King mempunyai corak yang lebih maskulin iaitu corak geometri.

Tampil anggun dan menawan dengan menyarungkan baju kurung berinspirasi klasik ini!

baju kurung kedah terbaru

baju kurung moden 2020

Baju kurung dusty pink

Click sini untuk koleksi terkini Cirgaro Apparel untuk Baju Kurung Kedah moden. 

[Update] Terkini Blouse Primadona Tunic Dilancarkan Semula. Blouse Primadona Tunic dilancarkan semula atas permintaan ramai , Blouse labuh ini mempunyai zip dada yang nursing friendly dan juga zip di bahagian lengan untuk memudahkan mengambil wudhuk. 

Berikut merupakan warna-warna baru Primadona Blouse Tunic : 

Blouse Pink Belacan

 

 

Blouse Navy Blue Dark Blue Biru Gelap

[TERKINI] Cirgaro Apparle menampilkan keluaran terbaru mereka iaitu Long Skirt yang turut dijual di Butik kami di Plaza Shah Alam dan Aeon Kota Bharu. 

Skirt ini menampilkan rekaan yang selesa dengan getah pingang yang boleh meregang dan sesuai untuk dipakai untuk saiz pingang bermula 27 inci hingga 38 inci. 

Fabrik yang ditampilkan adalah diperbuat daripada 100% cotton yang tidak panas dan selesa untuk pakai seharian. Manakala corak yang dipakai adalah paling terkini didalam arus fesyen perdana. 

Hubungi kami di talian 016 8811430 untuk pertanyaan lebih lanjut. 

flair checkered long skirt cotton

[Terkini] Berikut merupakan Baju Kurung Keluaran Terbaru di Cirgaro Apparel. 

[Click Sini] Untuk melihat semua koleksi terkini wanita di Cirgaro Apparel. 

Bagi para pembaca yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai koleksi terkini Cirgaro Apparel untuk tahun 2020. Anda boleh terus berhubung dengan hotline whatsapp kami 016 8811 430 yang sedia membantu anda. 

Sementara itu , anda boleh menonton video kami untuk bagaimana membeli di website kami secara mudah dan selamat. 

Kami juga telah membuka Butik baharu di Plaza Shah Alam Tingkat 2 yang khusus untuk wanita. Semua koleksi terbaru dan akan datang dipamerkan dan dijual di Butik kami Plaza Shah Alam. i 

penulis blog cirgaro

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Umrah
Haji

Tip Pemakaian Kurta Semasa Umrah: Panduan Praktikal Untuk Beribadah Dengan Selesa

Gambar dari kiriman pelanggan Cirgaro di musim Haji yang lepas.  Setelah bulan syawal semakin dekat untuk melabuhkan tirainya. Kini telah tiba musim Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. Masyar...

Read more
Baju Kurung Moden Cirgaro™  – Sempena Hari Raya Aidiladha
Baju Kurung Moden

Baju Kurung Moden Cirgaro™ – Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidilfitri dah berlalu. Now counting days for Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dgn nama Hari Raya Haji. Golongan wanita ni, setiap kali hari raya, x kira la hari raya apa pun mesti...

Read more