Tips berpakaian untuk haji atau umrah | Koleksi Hari Raya Haji Aidiladha

Aidilada, Haji, Hari Raya Haji, Jubah, kurta, kurta haji, kurta lelaki, Kurta Teluk Belanga, kurta umrah, sedondon, Tips, Umrah -

Tips berpakaian untuk haji atau umrah | Koleksi Hari Raya Haji Aidiladha

Haji dan Umrah

Setelah bulan syawal semakin dekat untuk melabuhkan tirainya. Kini telah tiba musim Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. Manakala masyarakat Melayu yang lain akan mula membuat persiapan untuk Ibadah Korban semasa Hari Raya Haji Aidiladha.

Sebelum kita menyentuh mengenai Hari Raya Haji Aidiladha. Penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai berpakaian semasa untuk mengerjakan Haji atau Umrah.

Tips-tips yang berkongsi ini merupakan pengalaman penulis sendiri dalam mengerjakan umrah sebanyak dua kali dan paling latest pada tahun lepas 2016.

Nak kata tips-tips ini merupakan tips ultimatum takde la. Tapi ianya lebih kepada perkongsian , kalau rasa betul boleh apply kalau rasa salah inform saya.

First thing ramai yang kalau nak pergi Haji atau Umrah first time mesti cari jubah. Bukan la nak budget-bugdet alim tapi lebih kepada feeling-feeling arab. Takkan nak masuk masjid pakai kemeja dan jeans pulak kan ? Janggal pulak rasanya.

Jubah yang dijual seperti di Cirgaro Apparel ada sedikit perbezaan dengan jubah yang anda bakal jumpa nanti di tanah arab.

Yang berbeza paling penting adalah saiz. Agak jarang kat sana penjual pakai saiz S, M , L , XL .Penjual kat sana pakai saiz Europe gitu. 38 , 40 , 42 , 44. Kalau tak silap penulis. Ini merupakan saiz bahu dalam sentimeter.

Yang kedua beza adalah warna. Di tanah arab mereka mengunakan warna-warna konservatif seperti putih, hitam , coklat , dan kelabu. Nak jumpa biru gelap pun susah tau.

Yang ketiga berbeza adalah pattern. Kat sana pattern lebih banyak. Ada style oman , ada syle arab Saudi. Kalau nak tahu style Arab Saudi sama mcm jubah marhaen v1 dan v2.

So kat nak pergi ke tanah suci adakah nak beli jubah siap-siap kat Malaysia ?. Sebenarnya tak salah nak beli satu jika kita takde jubah lagi. Takkan sampai2 madinah / mekah nak terus shopping kan ?

Disarankan anda standby satu dua jubah atau dari Malaysia untuk pakai hari pertama dan kedua di tanah suci. Paling penting dah telah cuba dan selesa pakai. Jangan beli-beli tapi tak cuba. Mana la tahu saiz tak ngam , susah pulak. 

Bila berkata pasal selesa, pada pendapat penulis, jubah yang selesa pakai adalah dari material cotton atau rayon. Warna apa pula yang sesuai ? kalau ikut penulis apa2 warna pun boleh. Sebab kalau kita Bersama isteri atau parent. Kalau tersesat di dalam masjid senang nak detect dari jauh. Sebab kat sana orang arab memang majoriti pakai warna putih.  

Selain daripada jubah apa lagi baju yang sesuai ? Sebenarnya paling sesuai adalah baju melayu atau kurta. Dan pastikan ianya tak panas dan senang gosok.

Bab gosok nie pun satu hal. Especially kita tengah travel di negara orang. Kemudahan iron mmg agak terhad kecuali rezeki anda dapat pakej anda duduk hotel yang mewah.

Sebenarnya masa di tanah suci adalah sangat terhad. Jadi most of time kita lebih masa kepada beribadat di masjid dan berehat. Bangun-bangun kita perlukan pakaian yang bersih dan cantik (tak kedut) untuk beribadat di masjid.

Bergantung kepada musim apa yang anda pergi haji / umrah. Paling sejuk hujung tahun dan semakin “tengah tahun” semakin panas.

Bercakap mengenai kurta. Saya recommend kurta bangsawan yang diperbuat dari fabrik cotton linen. Ianya design moden – mengunakan zip (jadi masalah kehilangan butang baju dapat dielakan). Dan paling penting adalah fabrik cotton linen kurta bangsawan nie yang ironless dan sangat selesa untuk pakai.

kurta lelaki bangsawan

Gambar Customer Kurta Bangsawan di depan Kaabah. 

Tambahan lagi walaupun design minimalist – soal praktikal tidak dilupakan. Terdapat poket sisi yang dalam yang sesuai untuk kita simpan barang-barang peribadi sewaktu mengerjakan haji atau umrah.

Baca recommendation seorang blogger ini mengenai kurta kami .

Pemakaian kurta pula versatile. Kalau di tanah suci. Kurta boleh digayakan dengan kain pelikat atau seluar loose cotton. Dan paling best balik Malaysia masih boleh pakai lagi. Kenapa penulis cakap macam nie ? Sebab penulis shopping jubah kat arab sampai sekarang pakai sekali dua je.

Berbanding dengan Jubah. Kurta ini takde la segan sgt nak pakai berbanding jubah. Kurta kita boleh pakai sewaktu flight (flight dia lama woo kalau nak gie sana – 8 hingga 12 jam – tengok airline apa) dan ramai juga yang mengenakan jaket sekali dengan kurta untuk mengelakan kesejukan didalam kapal terbang.

Ada juga concern nanti overfashion pulak. Sebenarnya tidak kalau kita tengok design Cirgaro Apparel ini sememangnya minimalist. Tak meriah mana dan plain coloured je. Memang sesuai untuk mengerjakan haji dan umrah.

Kalau tak suka kurta yang berzip. Cirgaro Apparel bakal mengeluarkan kurta teluk belanga yang lebih simple dan senang untuk dipakai. Stay tuned pengumuman mereka untuk tarikh available kurta uno (kurta teluk belanga) version 2 nie. Yang version 1 dah habis tinggal display 2 3 helai sahaja. .

shemagh

Last sekali penulis recommend beli kain serban (Shemagh) – sejenis selendang arab untuk buat tutup kepala (Untuk lelaki). Benda ini sememangnya berguna sebab

  1. Penutup kepala jika cuaca panas.
  2. Penutup kepala dan dada cuaca sejuk.
  3. Kain untuk lap peluh atau airmata.
  4. Standy untuk dijadikan sejadah incase  solat kat luar masjid.
  5. Dan banyak lagi kegunaan yang anda bakal tahu apabila di tanah suci kelak.

Secara umumnya pakaian untuk mengerjakan haji atau umrah ini perlu simple dan mudah. Penulis berharap keterangan diatas dalam merungkaikan pertanyaan mengenai “nak pakai baju ape ek “ bila mahu mengerjakan haji atau umrah.

Ok. Kita sambung pula dengan  Hari Raya Haji Aidiladha yang bakal tiba. Sambutan hari kebesaran ini lebih meriah di pantai timur semenanjung berbanding pantai barat.

Kenapa ? Penulis pun kurang pasti mungkin ada yang boleh share dengan penulis sebab apa. Hehe.

Seperti Hari Raya Aidilfitiri kaum lelaki kini lebih berani berfesyen. Kalau dulu hanya T-shirt atau baju melayu je bantai. Kini dah ada Kurta atau Jubah yang boleh digayakan untuk hari-hari penting seperti Hari Raya Haji Aidiladha.

Sama seperti yang saya bincangkan diatas, pemakaian kurta atau jubah juga sesuai untuk beraya. Cuma bila kita turun untuk memotong lembu , jubah nie tak beberapa sesuai. Lebih sesuai Kurta dimana ianya mudah digayakan dengan seluar jeans supaya kita senang nak bergerak semasa nak motong lembut tue nanti.

Berniat nak cari tema sedondon ? Boleh datang ke butik Cirgaro untuk melihat koleksi sedondon mereka. (Selagi stok masih ada).

Admin 08


Related Posts

Tags