Kurta Pertama yang diperbuat dari fibre buluh - Kurta Nanorism by Cirgaro Apparel

Apa yang lebih menarik. Fabrik Nanorism ini , fabrik ini sebahagianya diperbuat dari gentian bahan semulajadi – buluh.

Kurta Nanorim merupakan produk terkini Cirgaro Apparel yang ditawarkan kepada peminat fesyen tanah air. Untuk pertama kali di Malaysia, fabrik Nanorism yang berasaskan gentian semulajadi (pohon buluh) digunakan.

Untuk pengetahuan semua, Kurta Nanorism edisi yang pertama menampilkan kurta (baju melayu moden) yang mengunakan rekaan pattern teluk belanga johor.

Perkataan Nanorism ini adalah dari jenis fabrik yang dibangunkan khas oleh Cirgaro Apparel berdasarkan keperluan pasaran yang mahukan :

  1. Fabrik yang lembut dan selesa
  2. Fabrik yang tidak mudah kedut dan mudah digosok
  3. Fabrik yang tidak panas dan mudah serap peluh (breathable). 
  4. Fabrik yang tidak mudah busuk dan berbau. 

Keperluan pasaran Kurta di Malaysia sememangnya berkembang pesat sejak dari 6 tahun lepas. Penerimaan Kurta sebagai pakaian seharian kaum lelaki bertambah baik apabila pattern corak kurta mengunakan pattern teluk belanga johor dan baju melayu cekak musang diperkenalkan dalam pasaran.

Fabrik Nanorism ini pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza untuk si pemakai.

Fabrik Nanorism ini dibangunkan khas sejak tahun lepas dengan kerjasama rapat dengan rakan industri textile kami di luar negara. Apa yang lebih menarik. Fabrik Nanorism ini , fabrik ini sebahagianya diperbuat dari bahan semulajadi daripada gentian pohon buluh.

Ciri-ciri istimewa Kurta Nanorism

 

Untuk pengetahuan semua. Pohon buluh menghasilkan serat gentian  yang yang mempunyai banyak ciri-ciri istimewa yang tidak boleh diperolehi dengan serat tumbuhan yang lain. Disebabkan itu, Fabrik Nanorism ini akan memberikan pengalaman yang berbeza untuk si pemakai.

Berikut merupakan ciri-ciri istimewa Fabrik Nanorism yang dibangunkan oleh kami. .

  • Gabungan bahan semulajadi yang diperbuat dari pohon buluh bukan 100% sintetik.
Fabrik yang diperbuat dari bahan buluh sangat lembut (menghampiri 85% kelembutan kain sutera dan cashmere).
  • Mempunyai keupayaan untuk tidak menyebabkan bakteria membiak di permukaan fabrik Nanorism
Apabila bakteria tidak boleh membiak di permukaan Fabrik Nanorism,        masalah bau baju yang hapak akan berkurangan secara ketara (*ciri-ciri anti bakteria akan berkurangan setiap kali basuhan).
  • Tidak Mudah Kedut dan sangat mudah untuk gosok.
Jimat masa untuk mengosok setiap kali anda nak pakai Kurta Nanorism dan apabila dipakai, Kurta Nanorism akan lebih tahan untuk tidak berkedut.
  • Mudah Kering
Masalah baju yang melekat apabila berpeluh akan selesai dengan Fabrik Nanorism. Fabrik ini akan mengalirkan kelembapan yang dihasilkan oleh peluh badan dengan sangat baik berbanding fabrik lain yang sedia ada dipasaran.
  • Lebih ringan
Si pemakai tidak akan terasa Fabrik Nanorism ini berat apabila dipakai. Walaupun ianya ringan - fabrik ini tidaklah nampak dalam apabila dipakai.

 

Pihak Cirgaro Apparel juga memberikan secara percuma kotak eksklusif untuk setiap pembelian Kurta Nanorism pada harga yang sangat-sangat menarik. Dengan kotak ekslusif ini , Kurta Nanorism sangat bersesuaian untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang yang telah lama terpisah jauh.

Hadiah Kurta

Bagi para pelanggan yang ingin menjadikan Kurta Nanorism sebagai hadiah,  berikut merupakan contoh situasi yang sesuai untuk jadikan Kurta Nanorism sebagai hadiah :

  1. Hadiah Hari Bapa.
  2. Hadiah untuk Abang.
  3. Hadiah Hari Jadi.
  4. Hantaran untuk Pertunangan.
  5. Hantaran untuk Perkhawinan.
  6. Hadiah penghargaan kepada Boss.
  7. Hadiah penghargaan kepada Pekerja.
  8. Hadiah untuk orang yang akan menunaikan Umrah.
  9. Hadiah untuk orang yang akan menunaikan Haji.
  10. Hadiah cabutan bertuah.

Edisi pertama Nanorism ini hadir dalam 2 warna – Putih dan Hitam. Manakala kedua-kedua warna mempunyai dua versi , lengan pendek dan lengan panjang.

Edisi pertama ini dihasilkan khas untuk peminat-peminat fesyen tanah air yang mahukan baju yang serba praktikal yang sesuai dipakai untuk mana-mana acara.

Manakala untuk saiz pula, Kurta Nanorism ini didatangkan dengan saiz yang bermula S hingga 4XL. Melalui potongan khas kami iaitu “Smart Fit” Kurta Nanorism apabila dipakai akan tampil terletak dan segak tidak kira apa saiz yang anda pilih.

Kurta Lengan Pendek S hingga 4XL

Ini disebabkan potongan “Smart Fit” kami dihasilkan melalui pengalaman kami yang bertahun -tahun dalam industri fesyen kurta di tanah air. Sebagai contoh : Jika seseorang itu memilih saiz 4XL , ianya tidak akan nampak mengelebeh dan terlalu besar.

Potongan khas “Smart Fit” kami mengambil kira tubuh badan orang Malaysia yang sedikit unik berbanding dengan negara-negara lain.

>> Click sini untuk melihat lebih lanjut Kurta Nanorism 

>> Click sini untuk melihat lebih lanjut Kurta Nanorism  

Cubalah Kurta Nanorism anda pasti tidak akan menyesal. 

Leave a comment

All comments are moderated before being published

Shop now

You can use this element to add a quote, content...