Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: BAJU SEDONDON COUPLE SET ATAU FAMILY SET SAMA WARNA

BAJU SEDONDON COUPLE SET ATAU FAMILY SET SAMA WARNA
Baju Raya Sedondon

BAJU SEDONDON COUPLE SET ATAU FAMILY SET SAMA WARNA

Impian untuk setiap “perancang baju raya” - ibu dan isteri kita adalah untuk mendapatkan baju raya yang sedondon. Tetapi usaha ini bukanya mudah malahan usaha ini hampir-hampir mustahil apabila semakin hampir kepada bulan puasa.

Ini disebabkan baju raya yang sedondon itu membabitkan pakaian yang membabitkan pihak lelaki , perempuan dan kanak-kanak lelaki & perempuan.  

Bagi yang mahukan fesyen sedondon, acara membeli belah seringkali membabitkan penjelajahan sekitar pelbagai pusat beli belah yang popular untuk mendapatkan warna yang sedondon untuk suami , anak , dan juga diri sendiri (pakaian busana perempuan).

Acara membeli belah baju raya sewaktu bulan ramadan kini perlu membawa sample warna yang telah di beli untuk di “matchingkan” di butik yang lain bagi mendapatkan tema warna sedondon.

Kebanyakan mereka ini , mengalami situasi yang sukar apabila fabrik yang ditawarkan oleh jenama-jenama fesyen tempatan adalah berbeza diantara satu sama lain. Apabila fabrik tersebut berbeza, mestilah warna pun akan berbeza.

Sebagai contoh, apabila “perancang baju raya” telah membeli awal di butiik yang menjual pakaian busana raya perempuan yang mengunakan fabrik como crepe , tentulah tona warna yang dtawarkan oleh butik pakaian lelaki yang rata-ratanya mengunakan fabrik cotton untuk pakaian lelaki.  

Set sedondon baby blue

Di Malaysia pula untuk fesyen “modest wear” masih tidak ramai yang boleh menawarkan fesyen sedondon yang sama untuk lelaki , perempuan dan kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Bagi yang kurang mengetahui apa itu fesyen sedondon , kriteria fesyen sedondon adalah seperti berikut :

  1. Warna sama.
  2. Fabrik sama.
  3. Fesyen sama (ayah dan anak / ibu dan anak).

Fesyen sedondon ini pula melambangkan kesatuan (unity) keluarga tersebut dan turut menzahirkan trend warna terkini yang popular untuk tahun tersebut.

Keperluan fesyen bukan hanya kepada jenis tetapi turut mengambil kira warna. Ini disebabkan, adalah sangat jarang untuk seseorang itu mengunakan warna yang sama seperti tahun sebelumnya.

Perkembangan pesat industri fesyen negara juga menyebabkan warna-warna yang ditawarkan didalam pasaran bertambah dari tahun ke tahun. Jika dahulu, jenama-jenama fesyen tempatan hanya menawarkan 3 hingga 5 warna pilihan , kini warna yang ditawarkan sudah melebihi angka 10 dimana hampir 15 warna ditawarkan untuk satu-satu koleksi baru.

Fesyen sedondon ini tidak terhad kepada pasangan yang telah berkhawin, tetapi turut digayakan dikalangan pasangan yang belum berkhawin telah mula memakai pakaian yang sama warna apabila menghadiri ke majlis-majlis sosial.

Sejarah sedondon ini tidak diketahui secara ilmiah tetapi dipercayai popular di kawasan selatan tanah air dan diperkuatkan dengan budaya tema warna majlis kenduri perkhawinan.

Acapkali jemputan majlis perkhawinan kini disertakan oleh tema warna yang perlu diikuti oleh tetamu majlis. Walaubagaimanapun, tema warna ini tidaklah wajib kepada semua tetamu tetapi menjadi "hampir wajib" kepada keluarga terdekat. 

Berikutan itu, tema sedondon mula digayakan apabila memilih busana hari raya. Istilah “couple set” mula-mula digunakan oleh jenama fesyen tempatan. Istilah “couple set” lebih bermaksud sedondon untuk lelaki dewasa dan perempuan dewasa.

Sedondon untuk satu keluarga pula mula popular sekitar 3 tahun yang lepas dimana , busana raya kanak-kanak turut ditawarkan mengikut tona warna pakaian dewasa.

Kurta sedondon

Untuk “perancang baju raya” (selalunya isteri) - hal ini menjadi rumit  untuk mencari fesyen sedondon boleh diselesaikan jika mereka ini bertindak awal dengan membeli awal fabrik yang sama warna dan menempah sendiri busana mereka dengan tukang jahit.

Tetapi langkah ini, kurang digemari masa kini disebabkan harganya agak mahal , lebih mahal berbanding memilih pakaian ready made dan terdedah dengan risiko tempahan lambat siap.

Disebabkan itu, di Cirgaro Apparel kami menawarkan banyak koleksi yang sedondon seperti :

Kurta Umar Dewasa -  Kurta Umar Kanak-kanak lelaki -  Baju Kurung Kedah Rania (Paling Popular) 

Kurta Raihan DewasaKurta Raihan kanak-kanak lelaki

Kurta Rayyan DewasaKurta Rayyan kanak-kanak lelakiBaju Kurung Klasik 

Kurta Nanorisme Eijaz - Kurung Moden Eliora 

Jubah Moden Umrah Ready Made

Jubah Moden Yusuf dan Jubah Moden Wanita Yusof

Kurta Set Ayah dan Anak

 

Kesemua padanan busana sedondon ini menawarkan pelbagai warna moden yang pasti menarik perhatian pengemar fesyen modest wear. Manakala saiz yang ditawarkan adalah paling lengkap di pasaran (dewasa bermula saiz XS hingga 4XL, saiz kanak-kanak bermula 2 tahun sehingga 12 tahun dan wanita dewasa bermula S hingga XL).

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Murah Lembah Klang

LUBUK KURTA LELAKI MURAH DAN BERKUALITI DI LEMBAH KLANG.

Kurta yang ditawarkan adalah berkualiiti bukan yang berstatus "reject" sehinggakan kita malu nak memakaianya.  Zaman sekarang mmg mencabar. Ramai yang nak barang berkualiti tapi nak murah meriah....

Read more
Songkok Shah Alam
Plaza Shah Alam

Songkok Baldu Lipat CGO Cotton di Plaza Shah Alam

Rasai dunia tradisi dan keanggunan yang abadi dengan songkok - sebuah simbol warisan Dibuat oleh tukang-tukang jahit yang mempunyai seni kerja tangan halus yang menuangkan hati mereka ke setiap j...

Read more