Baju Melayu & Kurta Teluk Belanga Klasik untuk lebaran 2018. Pasti anda akan tertawan.

"Busana ini semakin popular disebabkan rekaan asalnya yang ringkas terutamanya bahagian kolar. Untuk bahagian kolar ianya menyerupai baju kurung klasik wanita. Walaupun begitu , semakin ramai menyukai Kurta Teluk Belanga Klasik / Baju Melayu Teluk belanga yang serba ringkas dan mudah dipakai seperti round neck t-shirt."

Rekaan busana yang ringkas dan mudah digayakan semakin mendapat tempat di kalangan golongan lelaki pada zaman sekarang. Ini disebabkan banyak busana untuk dilelaki diluar sana sarat dan susah untuk digayakan bagi mencerminkan keperibadian anda.   

baju melayu teluk belanga moden

Ramai golongan maskulin mahukan busana yang ada identiti seorang muslim moden tanpa terlalu mengikut budaya timur tengah. Sebenarnya busana pakaian sedemikian hampir tidak wujud. Dan ramai masih tercari-cari busana pakaian yang menepati ciri-ciri tersebut. 

Lebih merumitkan lagi , golongan maskulin khas di Malaysia mahukan busana pakaian yang mudah dipakai seperti t-shirt yang mempunyai ciri-ciri yang lelaki suka : 

Mari kita lihat apa yang golongan maskulin mahu ;

  • Tidak perlu digosok. Ambil terus dari almari boleh terus pakai. (Kami mewarisi kemahiran bersiap di pagi hari ala pit stop F1). 
  • Tahan lasak tanpa perlu penjagaan khas dan rumit seperti hanya perlu dry clean. 
  • Versatile -merupakan faktor paling penting ianya boleh digayakan kemana-mana ke kelas pengajian , kerja , dan majlis rasmi. (kalau kami dah suka baju tue .. baju tue je la kami ulang-ulang sampai lunyai - jimat tak kami ?)
  • Flexible - boleh dipakai samada dengan seluar jeans , jogger pants , seluar slack hatta dengan kain pelikat. Dengan seluar pendek agak pelik sedikit :D
  • Tidak terlalu menonjol – imej serdahana. Jika berjubah , silap hari bulan orang akan panggil anda ustaz ataupun silap silap jemaah di surau anda akan memaksa anda mengimamkan mereka. Kalau ustaz betul takpe la kan ?

Dengan ciri-ciri yang disebut diatas Kurta Teluk Belanga merupakan calon yang paling hampir untuk mengambil tempat sebagai busana pakaian pilihan golongan lelaki.  

kurta teluk belanga shah alam

Kenapa Kurta Teluk Belanga Klasik menjadi piihan ? 

Kurta Teluk Belanga Klasik atau Baju Melayu Teluk Belanga merupakan kesimbungan Kurta Teluk  Belanga 2018. Turut menjadi pilihan popular peminat-peminat fesyen lelaki tempatan. Kurta Teluk Belanga 2018 kami menjadi carian utama dalam google search kurta teluk belanga.

baju melayu teluk belanga johor

Bertepatan dengan tema klasik pada lebaran kali ini – Kurta Teluk Belanga Klasik , pastinya akan menjadi salah satu pilihan untuk second day outfit untuk lebaran tahun ini.

Baju Melayu Teluk Belanga merupakan busana pakaian yang berasal dari Johor yang diterima pakai oleh negeri-negeri lain sebagai salah satu baju melayu selain daripada baju melayu cekak musang.

baju melayu johor teluk belanga

Busana ini semakin popular disebabkan rekaan asalnya yang ringkas terutamanya bahagian kolar. Untuk bahagian kolar ianya menyerupai baju kurung klasik wanita. Walaupun begitu , semakin ramai menyukai Kurta Teluk Belanga Klasik / Baju Melayu Teluk belanga yang serba ringkas  dan mudah dipakai seperti round neck t-shirt.

Hadir dalam saiz bermula S hingga 4XL, Kurta Teluk Belanga direka dengan mengunakan falsafah  “consumer first”. Disebabkan falsafah “consumer first” juga kurta teluk belanga klasik hadir dalam 9 warna berbeza dan dipadangkan dengan couple set istimewa iaitu Baju Kurung Moden Allyssa Luxe Peplum.

Jika anda memilih busana ini sebagai first day outfit sekali pun pastinya anda tidak akan kecewa dan akan tampil segak dan bergaya terutamanya bila dipadankan dengan songkok.

baju raya couple set sedondon

Kami juga yakin Baju Kurta Teluk Belanga Klasik ini juga boleh di pilih sebagai pakaian anda untuk menghadiri jemputan berbuka puasa. Mungkin kita tak perlu tunggu ke hari lebaran kelak ? Nak terawih nie takkan nak pakai baju lama kot ?

Click sini untuk melihat baju kurung moden pasangan sedondon kepada Kurta Teluk Belanga Klasik. 

Click sini untuk melihat kesemua warna koleksi Kurta Teluk Belanga Klasik. 

Kami turut menawarkan Kurta untuk Kanak - Kanak lelaki khas untuk anda yang telah berkeluarga dan mempunyai anak. 

Barulah Like Father Like Son !

 penulis blog cirgaro

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published