Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kurta paling berkualiti di Shah Alam.

Kurta paling berkualiti di Shah Alam.

Kurta paling berkualiti di Shah Alam.

Pembelian online melalui website, pembeli melihat sample gambar di website dan membuat pembayaran melalui payment gateway. Penguna yang bijak perlu tahu website yang selamat mempunyai tanda “https” berwarna hijau atau ada simbol kunci mangga (mobile) di ruangan address browser mereka.

Pening nak buat pilihan. Rambang Mata. Banyak Sangat Pilihan. Ini merupakan masalah yang sering kali kita hadapi apabila mahu membeli kurta yang menjadi fesyen terkini. 

Ditengah keributan ratusan jenama fesyen tanah air melancarkan produk busana masing-masing. Insta feed , Facebook feed kita seringkali tengelam dengan sponsored ads jenama-jenama fesyen ini. 

Ada yang menawarkan potongan harga sebanyak 50% , 70% atau serendah RM50 dipasaran. Persoalanya adakah tawaran-tawaran ini terbaik untuk anda ?

<<Baca Trend Pembelian Menjelang Musim Perayaan>> 

Bagaimana nak buat piilihan yang bijak ? Masing-masing claim mengatakan pattern mereka paling trending, fabrik paling selesa , paling laku dan fesyen paling terkini. Berikut merupakan panduan mudah untuk anda menjadi pengguna yang bijak di musim perayaan ini.

Pendaftaran syarikat.

Keseriusan sesebuah entiti untuk berniaga boleh dilihat dengan adakah mereka memaparkan nombor pendaftaran syarikat dan alamat penuh tempat mereka berniaga. Jika kita melihat facebook / instagram mereka tiada pendaftaran syarikat , kita dah boleh agak adakah mereka serius dalam bidang perniagaan atau tidak.

(bukan against start up business , tapi zaman sekarang soal legit atau tidak adalah penting untuk membezakan intan dan permata, no point claim itu ini tapi no pendaftaran syartikat pun takde – pelik tak pelik ?).

Butik Cirgaro Apparel

Butik Fizikal

Seringkali jenama-jenama fesyen menjadikan media sosial sebagai medium utama mereka untuk memasarkan busana fesyen mereke. Bagaimana kita nak tahu fitting dan rasa feel fabrik mereka ? 

Saya pasti ada diantara kita , yang mahu "merasa" , memeriksa kualiti , dan yang paling penting mahu mencuba fitting mereka adakah saiz yang ditawarkan benar-benar sesuai dengan bentuk badan mereka. 

Ramai yang tidak mahu untuk memakai baju yang nampak mengelebeh atau fabrik yang kasar dan tidak selesa.  

Terdapat juga kes-kes dimana para pembeli tertipu dengan gambar model yang diiklankan. Bila baju yang di order melalui talian "indah khabar dari rupa"  

 

cirgaro boutique location shah alam

<<Baca disini untuk melihat lokasi butik Cirgaro di Shah Alam>>

Tapi bagaimana pula jika mereka hanya menjual secara online ? Tiada butik fizikal ? Soal ini kita bincang dan kupas dibawah.

Jaminan

Sememangnya wujud jenama fesyen yang tidak mempunyai butik fizikal dan hanya menjual secara online. Tidak boleh salahkan mereka dan jgnla pula palang mereka terus.

Caranya mudah sahaja. Tanya mereka adakah wujud JAMINAN untuk penukaran kalau kita salah saiz , tidak berpuashati dengan jahitan / defect , atau kualiti mmg tak boleh bla. Jika penjual online tersebut mempunyai jaminan diatas boleh la kita consider untuk membeli dari mereka.

Seniority

Talk is cheap, semua org boleh bagi jaminan , tapi bila wujud masalah bolehkah mereka selesaikan ? Betul. Salah satu cara lain ialah look for seniority mereka.

Apa itu seniority ? Seniority itu adalah sudah berapa lama mereka dalam bidang fesyen ini. Jika telah bertahun-tahun tak perlulah ragu-ragu. Seniority ini adalah penting sebab seniority ini melambangkan pengalaman mereka dalam bidang jahitan dan fesyen. Jika mereka claim itu ini dalam busana mereka. Makanya claim tersebut bukan claim kosong.

Kurta Lelaki Cirgaro

Harga

Ini merupakan faktor yang paling penting dalam soal beli atau tidak. Mengikut kajian kami , hampir 60% pengguna digerakan oleh faktor harga dalam pembelian mereka. Secara umum untuk panduan semua , wujud beberapa jenis harga yang kita perlu tahu.

Harga Mahal – Jenama terkenal , Duta Produk Selebriti , Fabrik dan Jahitan Premium.

Harga Pertengahan – Fabrik dan Jahitan Premium.

Harga Murah – Entry Level produk , Farbrik dan Jahitan So – so. Boleh la.

Harga Sale – Harga yang telah diberi diskaun.

Harga Promosi – Harga pengenalan yang kemudian akan dinaikan apabila produk itu full launch.

Harga Runtuh – Selalunya untuk produk yang menghampiran end of life mereka. Saiz dan warna pun dah tinggal skit. Atau untuk produk yang tak laku.

Jadi berdasarkan jenis-jenis harga diatas rasanya para pembaca boleh menilai apakah maksud harga-harga yang ada dipasaran sekarang.

Online

Ok terima kasih kerana anda membaca sampai ke peringkat akhir ini. Mengenai online pula di Malaysia wujud dua trend online.

Pembelian online melalui whatsapp , pembeli melihat sample gambar di ig atau facebook dan hubungi nombor talian whatsapp untuk membeli. Wujud komunikasi diantara dua pihak disini dimana pembeli bebas utk bertanya segala aspek mengenai pembelian mereka. Bukti pembayaran dan bukti postage akan dikemukan semasa perbualan whatsapp mereka.



Pembelian online melalui website, pembeli melihat sample gambar di website dan membuat pembayaran melalui payment gateway. Penguna yang bijak perlu tahu website yang selamat mempunyai tanda “https” berwarna hijau atau ada simbol kunci mangga (mobile) di ruangan address browser mereka.

Apa itu website selamat ialah semua transaksi online adalah diliindungi dan tidak boleh dimanipulasi oleh pihak luar.

Sesetengah website mempunyai ruang “chat with us” untuk pembeli bertanya apa-apa mengenai pembelian mereka.


Jadi setelah pelbagai tajuk kita kupaskan diatas , diharap para pembaca dan juga bakal pembeli di musim perayaan ini boleh membuat keputusan yang tepat untuk membuat keputusan.

<<Baca disini untuk keluaran terkini Cirgaro Apparel - Kurta Teluk Belanga 2018>>

<<Baca disini untuk melihat koleksi baru kami>>

cirgaro blog writer

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Lelaki Terkini dari Cirgaro Apparel | Kurta Uno Version 2
baju raya 2017

Kurta Lelaki Terkini dari Cirgaro Apparel | Kurta Uno Version 2

Sebenarnya kami telah lama bercadang untuk melancarkan kurta lelaki Uno Version 2 (sebelum bulan ramadah lagi). Tetapi pelancaran rasmi Kurta Uno Version 2 terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan...

Read more
Baju Raya Kanak-kanak 2017 | Baju Raya Kanak-kanak Perempuan 2017
baju kurung kanak-kanak

Baju Raya Kanak-kanak 2017 | Baju Raya Kanak-kanak Perempuan 2017

Golongan yang paling meriah nak raya ialah kanak-kanak. Tetapi fesyen baju raya untuk kanak-kanak adalah sangat terhad dan agak konservatif. Selalunya , baju raya yang ada untuk kanak-kanak adala...

Read more