Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.

Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.
Baju Raya

Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.

Tidak kita nafikan Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal merupakan bulan2 yang penting dalam calendar masyarakat Melayu. Ianya mempunyai nostalgia yang mendalam untuk setiap orang tidak kira kanak2 hinggalah dewasa. Pemilihan busana “baju raya” pula merupakan salah satu daripada elemen penting dalam menyambut Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal.

Mood Republik Raya 2016

Gambar di Mood Republik Raya PWTC tahun lepas (2016). 

Kadang-kadang kita suka nak last minute utk memiliki busana idaman utk digayakan pada Hari Raya nanti. Masalah ini seringkali terjadi dikalangan golongan lelaki ataupun sang suami. Sang suami pula banyak mengutamakan keperluan keluarga dahulu berbanding keperluan sendiri.

Kepada para pembaca semua mari kita ikuti kupasan 3 golongan kaum adam dalam persiapan raya nanti.

Booth Cirgaro Mood Republik Raya PWTC 2016

Gambar para pelanggan kami pada event Mood Republik PWTC 2016. 

Golongan A.

Golongan yang suka beli awal untuk menyelesaikan keperluan baju2 , seluar dan kasut semua awal-awal utk mengelakan kesesakan , kehabisan saiz dan nak fokus beribadat pada bulan ramadhan.

    Kebaikan

    • Saiz dan design yang diingini akan dapat dimiliki.
    • Tidak perlu bersesak2
    • Mempunyai masa yang panjang utk memilih
    • Pilihan dan fitting tepat

    Keburukan

    • Harga yang dibayar oleh golongan ini adalah sedikit mahal apabila jenama2 fesyen suka menurunkan harga apabila stok tidak habis menjelang aidilfitri.

    Cirgaro Mood Republik Raya PWTC

    Gambar para peminat fesyen tanah air membeli belah. Seronok shopping sambil lagu raya berkumandang. 

    Golongan B. 

    Golongan yang menunggu promosi / jualan raya daripada shopping mall / jenama fesyen / ataupun event fashion seperti Festival Raya Mood Republik.

    Kebaikan

    • Kesemua jenama fesyen sudah melancarkan dan mengeluarkan stok mereka.
    • Merasai kemeriahan membeli belah
    • Pilihan yang sangat banyak dan rambang mata

    Keburukan

    • Perlu bersesak-sesak dan kadangkala berebut untuk mendapatkan busana idaman yang diingini
    • Saiz dan pilihan menjadi terhad.
    • Terdedah kepada salah membuat keputusan (Salah pilih).

    Kurta King SOLD OUT pada 2016

    Gambar KURTA KING sold out tinggal sample display pada Mood Republik Raya PWTC.

    Golongan C.

    Golongan yang last minute, mereka ini akan focus pada bulan ramadhan dan suka kemeriahan bersesak pada minggu terakhir utk membeli belah. Seringkali golongan yang sama ini juga akan menunggu harga runtuh pada hari2 terakhir bulan ramadhan.

      Kebaikan

      • Harga yang ditawarkan sedikit murah kerana Jualan Akhir Penghabisan Stok.
      • Dapat fokus utk beribadat semasa bulan ramadhan
      • Merasai kemeriahan membeli belah

      Keburukan

      • Busana yang tengah trending seringkali sold out pada waktu ini
      • Terdedah kepada masalah “beli je la apa yang ada”
      • Saiz dan pilihan menjadi sangat terhad.
      • Perlu bersesak-sesak tambahan lagi dengan kesesakan lalu lintas.

      Wujud juga trend “PRE ORDER” dimana ada jenama fesyen yang membuka tempahan awal baju raya untuk memudahkan para peminat fesyen tanah air. Tetapi harus diingat telah wujud masalah dan kontrovesi dalam trend PRE ORDER ini dimana masalah seperti dibawah seringkali terjadi :

      1. Baju Raya PRE ORDER lambat siap
      2. KUALITI Baju Raya PRE ORDER tidak seperti yang dijanjikan
      3. Baju Raya PRE ORDER lansung tidak siap
      4. Tidak boleh membuat penukaran jika terdapat masalah kualiti atau tersalah saiz disebabkan masa yang semakin suntuk
      5. Penguna itu sendiri kerugian dah la tak dapat baju , perlu berbelanja lagi untuk mendapatkan baju raya yang lain sebagai ganti atau lebih teruk lagi tidak mempunyai baju raya.

      Happy Cirgaro Customer

      Happy Cirgaro Customer

      Gambar para pelanggan Cirgaro yang berpuas hati. Senyuman para pelanggan membuatkan semua penat lelah kami hilang. 

      Oleh kerana demikian, penulis yakin para peminat fesyen tanah air mempunyai pertimbangan yang matang dalam menentukan tempoh pembelian baju raya masing2. Akhir kata kami jemput anda untuk window shopping ke : 

      Koleksi Baju Raya Cirgaro 2017.Klik sini. 

      Kalau berkenan. Boleh singgah di Butik kami di tingkat kami di Tingkat 1, Plaza Shah Alam. Atau boleh contact Talian HOTLINE WHATSAPP KAMI 0176055338.

      Butik Cirgaro di Plaza Shah Alam. Klik sini. 

       

       

       

      Leave a comment

      This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

      All comments are moderated before being published.

      Read more

      Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu
      Pencarian Wanita Melayu

      Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu

      Pada 9 April 2017 yang lalu bertempat di Kompleks Kraftangan , Jalan Conlay Kuala Lumpur telah berlansung saringan peringkat pertama PWM 2017. Sebanyak 30 orang peserta hadir dalam sesi pertama dan...

      Read more
      Kurta atau Baju Melayu ?
      Baju Raya

      Kontrovesi Kurta atau Baju Melayu ? Bagaimana busana tradisional bertahan dalam arus moden

      Mungkin ada kesilapan jenama fesyen yang mentakrifkan busana mereka sebagai kurta moden instead of baju melayu moden (termasuk la kami) dan apabila jenama2 fesyen mengunakan definasi Kurta Moden ,...

      Read more