Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kontrovesi Kurta atau Baju Melayu ? Bagaimana busana tradisional bertahan dalam arus moden

Kurta atau Baju Melayu ?
Baju Raya

Kontrovesi Kurta atau Baju Melayu ? Bagaimana busana tradisional bertahan dalam arus moden

Mungkin ada kesilapan jenama fesyen yang mentakrifkan busana mereka sebagai kurta moden instead of baju melayu moden (termasuk la kami) dan apabila jenama2 fesyen mengunakan definasi Kurta Moden , ada yang tersentuh mengatakan kami mendewa-dewakan budaya luar dan menghakis budaya melayu. 

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cirgaro. Hari ini kita akan kupas kenyataan yang sering kami terima. 

"Kita org Melayu kenapa nak pakai Kurta"

"Elok la tue mengagungkan budaya luar" 

"Ini fesyen bangla dan pakistan !!!!!"

Kurta

Gambar kurta dari sebelah sana. Sumber google.com

Dan banyak lagi pertanyaan public yang terkesan dengan facebook ads cirgaro apparel. Suka kami nak ingatkan bahawa "TIDAKLAH KAMI BERNIAT UNTUK MENGHAKIS atau MENGANTIKAN FESYEN TRADISI BAJU MELAYU KEPADA KURTA MODEN"

Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut mengenai topik diatas, pembaca semua boleh klik pada link dibawah utk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah baju melayu.

>>> Klik link kat sini untuk SEJARAH BAJU MELAYU

Haaa jika diperhatikan , sebenarnya tak banyak beza diantara baju melayu dan kurta moden. Malah kurta moden yang diikeluarkan oleh kami merupakan agak berbeza dengan kurta sebelah benua India sana. Ianya lebih pendek dan tidak meriah sangat kan ?. 

Dalam artikel diatas juga , baju melayu lelaki juga dipanggil sebagai baju kurung. 

Dalam perspektif yang berlainan. Saya mengajak anda untuk melihat evolusi perkembangan baju kurung wanita.

Baju kurung wanita yang asalnya straight cut menjadi me-evolusi (ade ke perkataan ini ? hehe) kepada beberapa jenis seperti kebaya moden, kurung moden , dan yang paling latest kurung peplum.

Baju Kurung Moden 2017

Gambar baju kurung moden ala peplum. Klik sini utk melihat kurung Daisy.  

Pelik. Tidak pula netizen mengecam evolusi fesyen baju kurung wanita apabila melihat perkembangan evolusi Baju Kurung Wanita.

Mungkin ada kesilapan jenama fesyen yang mentakrifkan busana mereka sebagai kurta moden instead of baju melayu moden (termasuk la kami) dan apabila jenama2 fesyen mengunakan definasi Kurta Moden , ada yang tersentuh mengatakan kami mendewa-dewakan budaya luar dan menghakis budaya melayu. 

Tetapi jika diperhalusi dengan lebih mendalam wujud sebab yang paling besar mengapa jenama-jenama fesyen di tanah air tidak mengunakan definasi Baju Melayu Moden termasuk kami di Cirgaro Apparel.

Kurta Moden

Ini disebabkan jenama-jenama fesyen seperti kami takut mengelirukan pembeli dimana mengikut kelaziman pasaran Baju Melayu semuanya dijual 2 piece - Baju Melayu dan Seluar (sama warna) dan ada juga jenama fesyen menjual 3 piece complete set bersama dengan sampin dan butang baju melayu.

Justeru itu pengunaan definasi kurta lebih bertepatan dimana dari tempat ianya berasal pun Kurta tidak dijual dengan sedondon dengan seluar.

Takkan kami nak panggil baju melayu moden. Nanti org tanya mana seluar ?

Kalau kami panggil koleksi kami kemeja moden Cirgaro. Nanti org tanya “tak nampak mcm kemeja pun” Pening pulak kan ?

Oleh kerana demikian , jenama fesyen seperti kami lebih selesa dalam mengunakan definasi kurta untuk memudahkan peminat-peminat fesyen tanahair mengenali koleksi kami.  

>> Klik sini utk melihat Koleksi Kurta Bangsawan Kami. Koleksi Evergreen Kami

Apabila evolusi Kurta Moden bermula di tanah air , Fesyen lelaki yang selama ini sejuk beku , kini diberi perhatian oleh jenama2 fesyen utk memberikan nafas baru. Keluaran terbaru busana-busana Kurta Moden lelaki pula disambut dengan tangan terbuka oleh golongan lelaki yang sememangnya memerlukan pembaharuan yang serius dalam fesyen mereka. 

Tidak kira muda atau tua, golongan lelaki memberi sokongan yang mengalakan kepada jenama-jenama fesyen. Ini kerana seperti kemeja berkolar , kurta moden / baju melayu moden menawarkan "flexibllity" dan "simplicity". Sama macam memakai baju kemeja. 

Kurta Sedondon  

Gambar Kurta Bangsawan digayakan untuk majlis perkhawinan. 

Flexibility / Versatile 

  1. Boleh dipakai kemana2 sahaja. Tidak terhad kepada majlis protokol. 
  2. Boleh dipakai ke majlis sosial seperti kenduri khawin , kenduri kesyukuran dan lain-lain.
  3. Boleh dipakai ke Masjid dan Surau. 
  4. Mudah dipadankan dengan seluar jeans, seluar slack mahupun berkain pelikat. 

Simplicity 

  1. Tidak perlu digayakan sedondon sama warna dengan seluar (seperti baju melayu). 
  2. Tidak perlu digayakan dengan sampin. 
  3. Tidak memerlukan butang baju melayu."Butang baju melayu aku mana pahhhh"
  4. Mudah digosok 
  5. Tidak panas seperti baju melayu banyak mengunakan fabrik berasaskan polyester.

Pada peringkat awal pada pengenalan Kurta Moden kami pada tahun lepas , seringkali kami memberi tahu customer kami kurta boleh digunakan sebagai “second day outfit” bermaksud hari pertama raya – mereka boleh mengayakan baju melayu lengkap dan hari kedua raya mereka boleh mengayakan kurta moden kami.

Tidak kami sangka, ramai pula mengayakan kurta moden kami sebagai “first day outfit” dan ada juga yang mengayakan complete dengan sampin ala johor. .

Dan ramai juga menjadikan kurta kami sebagai busana pilihan utk menghadiri majlis berbuka puasa dan open house sewaktu bulan aidilfitri.

Tambahan lagi. Kurta Moden Cirgaro mempunyai ciri2 yang penting yang membuatkan ianya mendapat sambutan yang hangat.

  1. Pilihan warna yang banyak – mudah dipadankan untuk sedondon dengan koleksi wanita kami atau tema majlis.
  2. Pengunakan fabrik yang berkualiti tinggi – lebih sejuk berbanding fabrik polyester satin / koshibo dan tidak mudah renyuk (ironless).

Kalau kita melihat penulisan saya diatas, pemakaian baju melayu merupakan pemakaian busana lengkap dan tidak lah kemas jika dikenakan hanya top (baju sahaja). Baju melayu lebih cantik dikenakan sepersalinan dimana bermula dengan atas – songkok, baju dan seluar sedondon (sama warna) serta dikenakan dengan sampin sebagai pelengkap.

 

koleksi raya cirgaro apparel

baju raya terbaru cirgaro

Teluk Belanga Johor

 

Diharap penjelasan ini dapat membantu para pembaca dalam membuat pemilihan busana idaman masing-masing. Dah ada Kurta Cirgaro ? Cuba dulu , pastinya anda tidak akan kecewa. 

penulis blog cirgaro

 

 

1 comment

Gaya betul baju melayu yang dipaparkan dalam post ini. Baju-baju moden ni pasti dapat menceriakan semua orang bila dilihat utk mata pertama.

Rafidah

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.
Baju Raya

Baju Raya | Trend pembelian menjelang Aidilfitri.

Tidak kita nafikan Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal merupakan bulan2 yang penting dalam calendar masyarakat Melayu. Ianya mempunyai nostalgia yang mendalam untuk setiap orang tidak kira kanak2 hingg...

Read more
Terus Mencari Wanita Melayu
Plaza Shah Alam

Terus Mencari Wanita Melayu

Petikan artikel Harian Metro 18 April 2017 Oleh : Ridzuan Abdul Rahman  Pertandingan ratu cantik sering dilihat menjadi landasan terbaik buat wanita muda memburu impian Berjaya Berjaya dalam bida...

Read more