Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kurta Lelaki Cirgaro 2019 – Pilihan yang tepat untuk semua.

baju melayu moden
Baju Raya

Kurta Lelaki Cirgaro 2019 – Pilihan yang tepat untuk semua.

Tetapi takkan baju pun nak ada review yang mendalam ? Baju je kot. Ini merupakan kesilapan dimana user / penguna itu sendiri menolak review yang bersifat mendidik penguna mengenai kualiti sesuatu produk. 

Fesyen Kurta lelaki yang telah di modenkan telah melalui fasa yang sangat menarik sejak dari 5 tahun pengenalanya ke pasaran fesyen tanahair. Pada peringkat awal, ramai juga yang tidak dapat menerima tetapi secara perlahan-lahan ianya mendapat tempat yang kukuh sehingga menjadi wardrobe wajib setiap minggu dan pelbagai acara.

Baca : Kontrovesi Kurta vs Baju Melayu.  

Perkembangan dan sambutan terhadap fesyen baharu ini untuk golongan maskulin adalah sangat positif. Percambahan jenama-jenama baharu yang menyediakan keperluan fesyen ini menyebabkan penguna dan pengemar fesyen lelaki di Malaysia punya kepelbagaian pilihan mengikut citarasa masing-masing.

Ada yang mengeluarkan produk berasaskan populariti artis , propaganda oleh agent-agent dropship yang mengatakan baju telah sold out dan sentiasa mendapat sambutan dan ada juga hanya mengunakan faktor harga murah tetapi mengabaikan aspek kualiti.

Kurta Lelaki Berkolar

[Terbaru] Kurta Uno 2019 yang mempunyai 10 warna moden yg baru

Ini menyebabkan ramai pengemar fesyen lelaki kecewa apabila kurta yang dibeli tidak mencapai kualiti yang sering digembar gemburkan sewaktu / seperti iklan jenama tersebut sampai kepada bakal pembeli.



Jika dibiarkan , industri fesyen negara boleh rosak akibat ketidakyakinan penguna terhadap jenama-jenama tempatan. Sikap yang suka mengambil untung semata tanpa perancangan yang baik di bahagian jahitan dan lebih teruk tiada proses research and development untuk produk sendiri.

Sememangnya ramai tidak boleh membezakan yang jenama mana yang mempunyai kualiti yang baik dan bagus. Ini disebabkan kurangnya pendedahan mengenai apa itu sebenarnya kualiti fabrik dan kualiti jahitan sesuatu produk tersebut.

Jika kita lihat industri automabil contohnya, ramai journalist-journalist memberi review mengenai model kenderaan yang baru keluar dengan siri-siri test drive / pandu uji mengikut kreativiti masing-masing.  

Kurta Lelaki Grey Shah Alam

[Terbaru] Kurta Lelaki CGO - Saiz bermula S hingga 4XL

Walaupun ada journalist / reviewer yang akan memberikan review yang pro terhadap jenama tersebut , ramai penguna tercari-cari reviewer / journalist yang boleh memberikan review yang neutral tanpa menyebelahi jenama tersebut. Dan yang paling penting , memberikan gambaran yang jelas dari sudut penguna bukan dari sudut penjual.

kurta 2019

Tetapi takkan baju pun nak ada review yang mendalam ? Baju je kot. Ini merupakan kesilapan dimana user / penguna itu sendiri menolak review yang bersifat mendidik penguna mengenai kualiti sesuatu produk. 

Disebabkan blog entry ini ditulis oleh team members jenama Cirgaro Apparel , kami akan cuba memberikan review yang agak neutral tanpa mengabaikan aspek penting – iaitu mendidik penguna , pengemar fesyen diluar sana untuk mengenali “antara jauhari mengenal manikam” 

Di Cirgaro Apparel proses menghasilkan sesautu produk melalui proses yang sangat panjang dan mendalam. Berikut merupakan faktor – faktor yang kami perhalusi apabila satu produk itu dibangunkan.

KESELESAAN.

 kurta shah alam

Kurta Terbaru kami : Kurta Uno v4.

Faktor keselesaan menjadi teras penting untuk produk Kurta Cirgaro Apparel  dimana tidak guna apabila kita memakai baju faktor keselesaan menjadi korban untuk bergaya.

Hampir 20 ke 30 helai R n D akan dikeluarkan untuk mendapatkan pola saiz yang “work with everyone” sesuai untuk semua orang.

Kurta Lelaki Dark Blue

[Terbaru] Kurta Teluk Belanga CGO warna Navy Blue

Kalau nak kerja senang , kami di Cirgaro Apparel  boleh je buat longar-sana sini atau super slim fit. Tetapi keperluan golongan maskulin  di Malaysia yang mempunyai pelbagai saiz bermula sais S hingga ke saiz 3Xl dan kami merupakan satu-satunya yang menghasilkan kurta yang full size untuk kegunaan semua golongan maskulin.

Zaman sekarang yang memerlukan baju tersebut “look sharp” dalam pada masa yang sama selesa di pakai walaupun bentuk badan sudah tidak ideal.

FABRIC.

Pengunaan fabric juga penting. Acapkali jenama-jenama lain melaungkan mereka mengunakan fabric premium dimana , Cotton Paris , Cotton Jerman di gunakan sewenang-wenangnya. Admin bagi tips , kalau tgk gambar di iklan pun nampak kedut seribu. Bila kita pakai tak tahu la apa akan terjadi.

Perkataan premium juga digunakan walaupun fabric yang mereka gunakan merupakan fabric yang paling murah yang mereka boleh guna. Ini juga menyebabkan mereka boleh menawarkan harga yang begitu murah dengan mengekalkan kos production yang minimum.

kurta muslimin

Fabrik keluaran Cirgaro Apparel telah diuji secara house melalui kriteria-kriteria yang  kami telah tetapkan seperti berikut.

  1. Rasa selesa dan comfy apabila di pakai. Pengunaan fabric yang berasaskan cotton adalah sangat penting.
  2. Tidak panas untuk kesesuaian untuk dipakai disebabkan negara Malaysia merupakan bercuaca panas tropika TERUTAMANYA untuk penggunaan seharian.
  3. Mudah gosok dan juga tidak mudah renyuk. Kami tahu  kebanyakan lelaki bujang yang sibuk kadang-kadang tak sempat nak iron  So fabrik kami boleh dikatakan hampir tidak  perlu digosok.
  4. Warna tidak mudah luntur. Kami membuat kaji selidik, sehingga kini keluaran pertama Kurta Cirgaro iaitu Kurta Bangsawan 2016 masih dipakai oleh para pelanggan kami.

Baju Melayu Moden Teluk Belanga Kuning

[Terbaru] Kurta Moden Teluk Belanga untuk musim perayaan 2019

Kami boleh mencapai semua kriteria-kriteria tersebut dengan kerjasama rapat pengeluar dan pengilang fabrik di China dan Korea dimana kami selalu bertukar-tukar input feedback dari proses RnD kami dan maklumbalas dari para pelanggan Cirgaro Apparel.

JAHITAN.

Dari sudut jahitan pula , dari pemerhatian kami, hampir tiada jenama tempatan yang mengamalkan jahitan kualiti antarabangsa iaitu SPI.

SPI adalah “Stich Per Inch” iaitu  standard antarabangsa untuk menentukan jahitan sesuatu produk busana. Walaupun perkara ini jarang diwar-warkan dikalangan jenama antarabangsa sendiri. Ianya adalah penting dalam menentukan standard dan kualiti jahitan sesuatu produk tersebut.

kurta muslimin

Kurta Evergreen. Teluk Belanga. Kurta Teluk Belanga Klasik. 

Sebagai contoh. Jenama L mengatakan kualiti jahitan premium. Apa definasi yang mengatakan jahitan mereka premium ? Berbanding kami di Cirgaro Apparel. Kami go extra length dengan mengamalkan standard jahitan 12 hingga 15 SPI untuk setiap keluaran Kurta 2018 dan ke hadapan.

Jahitan biasa , tidak sampai 10 SPI. Dimana ianya lebih kasar dan sangat senang untuk dilakukan.

Berbanding standard yang di amalkan oleh Cirgaro Apparel. 12 hingga 15 SPI, ianya memerlukan operator tukang jahit yang terlatih dengan sistem jahitan untuk  keseluruhan proses yang bersepepadu dan sistematik untuk mendapatkan jahitan 12 – 15 SPI.

Hasilnya jahitan untuk produk busuna Cirgaro bukan sahaja lebih halus tetapi tidak mudah koyak.

Lihat Contoh di bawah :

SPI jahitan per inci

KESIMPULAN

Kita di Cirgaro Apparel sedar yang golongan lelaki bukan seperti kaum wanita dimana, perlu mempunyai wardrobe yang besar untuk disesuaikan dengan tudung, handbag , kasut dan majils.

Kita golongan lelaki merupakan golongan yang simple tetapi mahukan sesuatu busana tersebut tahan lama dan boleh digunakan untuk pelbagai acara. 

[TERBARU] Kurta Klasik 2019 - S hingga 4XL - 10 warna 

Perkara-perkara yang dibincangkan diatas berbunyi  negatif macamlah Cirgaro Apparel nie bagus sangat. Kami di Cirgaro Apparel apabila mengeluarkan sesuatu produk memegang tanggunjawab dimana ianya bukan satu konsep “hit and run” dan claim kosong semata-mata untuk melarishkan produk.  

Disebabkan itu juga banyak produk kami mempunyai jangka hayat dan selalu di restock berulang-ulang kali.

Kurta Cirgaro Apparel bukan sekadar fesyen yang mendapat sambutan hangat tetapi ianya merupakan gabungan fesyen dan kualiti demi untuk kepuasan penguna di luar sana.   

[TERKINI] Cirgaro Apparel telah membuka butik cawangan yang kedua iaitu di Tingkat 2 , Aeon Mall Kota Bharu. Butik ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. 

kurta lelaki plus size kota bharu kelantan

penulis blog fesyen

5 comments

assalammualaikum tn Shahrom.
saya teruja melihat konsep cirgaro Apparel . walaupun hanya dari gambar , sudah membuat saya berpuas hati.
teringin bertemu dan timba ilmu dengan team CIRGARO.

suhaimi

salam. dimanakah butiknya?

ABDUL GHANI BIN ABU BAKAR

Berapa harga kurta teluk belanga
& lokasi kedai dimana?

Izat Isnin

assalam
di mana saya blh perolehi kurta cirgaro ni terutamanya di kl?

huraida haji haron

A.skom saudara ni saya mahu bertanya baju kurta tajun baru 2019 punya saya mahu bertnya harga….setiap satu persatu itam…

Muhammad nasharuddin bin jaafar

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

buy kurta for raya
butik baju melayu

Adakah Kurta Uno Version 3 pilihan yang terbaik untuk anda untuk lebaran tahun ini ?

Apa yang best lagi , ramai pelanggan menjadikan Kurta Uno ini sebagai ini sebagai pakaian pilihan utama untuk memenuhi undangan berbuka puasa dan rumah terbuka. Jika anda peminat pakaian modern k...

Read more
Baju Melayu Moden Cotton
baju melayu

Baju Melayu Moden Raya – Keindahan Busana Moden Melayu.

Didalam artikel ini kita kembali memperkatakan mengenai dunia fesyen lelaki Melayu yang semakin menarik saban tahun. Kita juga akan menyentuh evolusi Baju Melayu daripada apa itu definasi Baju Mela...

Read more